Sunday 11 December 2011


kiamat sudah dekat, Tidakkah kita mengetahui. Sejauh manakah amalan kita, layakkah kita untuk menghadap Allah yang Maha Esa, Adakah amalan kita sudah sempurna..?? Sejauh manakah keimanan Kita kepada Allah...?? Marilah kita sama-sama renungkan dan fikirkan sejenak akan akhirat jangan terlalu taksubkan dunia....


Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia.

Mungkin ada yang pernah terbaca artikel ini,tapi just utk kongsi bersama2 kwn yang belum baca...
jihad fisabilillah.. 

tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^

Saturday 10 December 2011


Akhir zaman: Keluarnya Dajjal

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata:
“Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”
Kami menjawab:
“Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi:
“Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata:
“Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”
Mereka menjawab:
“Ya, sudah ya Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi:
“Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,”
kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.


tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^

Friday 23 September 2011

SINGA

Seorang pemburu terserempak dengan seekor singa semasa dia sedang memburu di hutan. OLeh kerana terlalu terperanjat, si pemburu tidak sempat pun untuk mengangkat senapangnya. Namun si pemburu lebih terkejut apabila dia ternampak singa sedang menadah tangan dan berdoa.

Pemburu : Lega aku, singa baik rupanya.
Singa      : betul tu, singa baik... takkan lupa nak baca doa sebelum makan.
tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^

HEBAT

Suatu hari. seorang penyelam melihat-lihat terumbu karang pada paras 8 meter. Tiba-tiba ia melihat seorang manusia berada di sampingnya. Dia terkejut kerana orang tersebut tidak memakai peralatan menyelam. Penyelam itu turun lagi sampai paras 15 meter. Dia terkejut melihat orang tadi tetap mengikutnya. walaupun pelik, dia pura-pura tidak kisah. Penyelam masih hairan. Dia mendekati orang tersebut ambil memberikan white board dan marker pen dengan tulisan..."Hebatnya kamu... bagaimana kamu sampai ke dasar laut tanpa memakai alat selam?" Orang itu mengambil white board dan menulis... "Aku tengelam, bodoh.!"
tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^

DUIT

Suatu hari 1 ringgit bertemu 50 ringgit di sebuah tempat.

RM1  : Dah lama tak jumpa ko, ko pergi mana?
RM50: Aku selalu pergi ke tempat seperti restoran, karnival, hotel dan sewaktu dengannya.
RM1  : Fuyoo, hebat la ko.
RM50: ko pulak camne?
RM1  : Aku banyak pergi ke tabung derma, kotak amal dan sewaktu dengannya.
RM50: Mmm... (insaf)
tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^

Thursday 22 September 2011

PERIBAHASA

Di dalam sebuah sekolah kebangsaan wujudnya seorang budak yang bernama Abidin. Budak ini diwujudkan dalam golongan genius di sebaliknya. Pada suatu hari seorang guru bahasa Melayu iaitu Cikgu AmLady D telah menyoal beliau.

C.Lady D: Din apa maksud peribahasa berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali?
Din          : Kalu buat baik tu biarlah berpada-pada jangan selalu-selalu.
C. Lady D: Habis tu apa maksud buat jahat jangan sekali?
Din           : Itu maksud dia, buat jahat tu jangan sekali je. buatlah berkali-kali.
C. Lady D: ???
tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^

BEG

Pada suatu hari, terdapat seekor kambing yang sesat dalam ladang sape ntah. Terdapat seekor lembu yang sedang tidur. Lembu itu terjaga apabila kambing sesat tu mengembek.

Kambing : Mmmbeeek...
Lembu    : Oit kambing, meh sini sat.
Kambing : Pehal ko panggil aku?
Lembu    : Berapa ringgit satu?
Kambing : err... satu ape?
lembu      : Bukankah kau jual beg ke?
Kambing : Mane ade.
Lembu    : Yang ko jerit beg tu pehal?
Kambing : Aku mengembek la bodo!
Lembu    : Oooo... camtu.
tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^

MISAI

Di suatu petang sepasang suami isteri sedang minum petang. 

Isteri   : Abang, cubalah abang cukur misai dan janggut abang tu. dah serabut dan selekeh saya tengok.
Suami : Alaa, awak ni, dengan misai dan janggut saya ni la awak kenal dan berkahwin dengan saya sampai sekarang kan?
Isteri   : yelaa, tapi tengoklah tu apa yang ada kat misai abang tu. Saya boleh tahu apa yang abang sarapan pagi tadi.
Suami : oh ye ker? okey, apa yang awak nampak?
isteri   : Tuu, cili sos dan bihun goreng masih ada kat misai abang.
Suami : Ishhh awak ni, tu sarapan kemarin.
tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^

ALASAN

Pada suatu hari, ada dua orang budak sekolah terlewat masuk kelas. Cikgu Devi pun tanya dengan marah.

cikgu: Ismail kenapa awak lambat?
Ismail: Saya minta maaf cikgu.
Cikgu: Kenapa awak lambat Zanah?
Zanah: Sya x siap keja sek cikgu.

Tiba-tiba ada seorang budak lelaki yang selalu lewat berlari masuk  ke kelas Cikgu Devi. Cikgu Devi pun tanya dengan marah.

Cikgu: Apa alasan awak Nizam?
Nizam: Huh, huh,huh, saya tak jumpa sekolah cikgu,
cikgu: ???
tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^