Thursday 16 February 2012

Cerpen : My Enemy, My Boss and My Husband

    my enemies, my boss  and my  hubby


“Syamin, jom lah teman aku jap. Alah kedai mamak tu bukan nyer jauh dari pejabat kau. Sekarang ni pown still waktu lunch kau kan? So, kau nak risau apa?” tutur Mia di dalam telefon.
“Masalahnya sekarang ni bos besar aku bagi kerja untuk aku handle kan lah. Masalah nie berat sikit.”
“Amanah apa pulak? Tak best lah lepak sorang-sorang kat kedai mamak tu. Please…” ujar Mia dengan nada yang manja semoga Syamin cair dengan pujukannya.
“Tak boleh lah Mia, kau tahu tak kerja apa yang dia bagi kat aku?ada ka patut dia suruh aku cari awek olok-olok kat dia  untuk berlakon depan mama and papa dia. Pastu dia kata pulak ‘kalau awak tak dapat jugak, awak tak boleh lunch. Faham?’ ada ker patut dia cakap kat aku macam tu.”
“Jahat betul lah bos kau ni. Dah lah perbuatan dia tu tak dapat faedah tambah dosa lagi ada lah.”
“Hemmphh… macam nak penendang jer bos aku tu. Selepas clash ngan awek dia perangai macam gorilla terlepas dari zoo. Mia aku laparlah.” Rungut Syamin.
“Okey, kau tunggu kat sana. 15 minit lagi aku sampai pejabat kau. kau tunggu kat situ jangan pergi mana-mana.”
“Tapi bos aku…” Tut! Tut! Tut! Belum sempat Syamin cakap talian sudah diputuskan. Macam mana dia nak cakap dengan bos besar dia ni. Aduhhh!

Xxxxxxxxxxxx
“Syamin, ada makcik tu nak jumpa dengan kau. Dia ada kat pintu tu.” Ujar Sofea sambil menunjuk ke  arah makcik itu. Lalu Syamin menuju kearah makcik itu.
“Ya makcik boleh saya tolong.”ujar  Syamin sambil senyum kepada makcik itu.
“Syamin tak kan kau tak kenal aku kot.” Ujar Mia yang berselindung di sebalik wajah tuanya itu.
“Mia… Ya Mia. Kau kenapa pakai macam ni ha? Tak malu ker orang tengok.”  Syamin menolak tubuh Mia keluar dari pejabatnya itu. Dia menarik tangan Mia ke tepi pintu  luar pejabatnya.
“ Alah relaks lah. Nie pon ada gunanya jugak tau.”
“Yer lah,  bos aku…” belum sempat syamin meneruskan percakapannya bos dia sudah potong.
“Syamin awak buat apa kat sini? Bukan saya suruh awak handle perkara tu ker? Yang nie sapa pulak awak angkut hah?”
Pantas Mia bercakap “Saya mak Syamin. Makcik datang dari kampung pun sebab nak jenguk si Syamin nie ha. Hari ni Syamin kata nak ajak makcik makan  tengah hari waktu dia rehat. Tapi dah nak tak bagi tak pa lah.” Hehehehe… Akulah ratu pelakon terhebat masa aku kampus tau. Pantas Mia berlalu pergi dari situ. Tetapi dihalang oleh Tengku Azreal.
“Eh tak pa makcik. Makcik keluarlah dengan Syamin. Saya tak kisah pun.”  Ujar Tengku Azreal. “Awak pergi lah keluar makan. Saya tak MARAH pun.” Sengaja Tengku Azreal menekankan perkataan itu.
“Baik bos.” Syamin terus berlalu ke mejanya untuk mengambil beg tangannya lalu dia menuju kearah Mia lalu ditarik tangan Mia.

Xxxxxxxxxxxxxx 
Setelah Mia menukarkan pakaiannya mereka berdua menuju kearah kedai makan mamak yang berdekatan dengan tempat persalinan Mia.
“Hebatlah kau ni. Nasib baik kau datang kalau tak menahan lapar lah aku hari nie. Ha.. ha.. ha.. Tapi yang aku nak tergelak ialah waktu kau jadi mak aku. The best. Ha… ha… ha…” Saymin berkata-kata sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya itu.
“Syok tu syok jugak tapi kan aku macam kenal jer mamat tu. Tapi kat mana hah?” Mia menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
“Kau nilah, dia kan CEO of MM Holding. So, mestilah terkenal.”
“Masalahnya, aku macam pernah tengok dia kat sesuatu tempat lah… Tapi kat mana?” Mia menghirup air teh aisnya itu. “Ha! Baru aku ingat, hari tu dia ada datang kolej aku. Dia dengan perempuan tua macam mak aku. Masa tu muka dia punya lah masam macam seposen.” Tutur Mia. Waktu itulah Mia mengamuk terhadap lelaki itu. Ahh… yang tu citer lama tak payah nak diulang tayang lagi.
“Dia buat apa pergi sana? Dengan perempuan tua? Perempuan tu mungkin mama Tengku Azreal. Tapi buat apa dia datang sana?” giler apa minah nie tanya soalan dari kurun mana tah kat aku. Desis Mia di dalam hati.
“Woi, Cik Syamin oiii… aku nie bukannya PA dia pon yang kau nak tanya soalan kurun temurun nenek moyang kau tu. Tanyalah bos besar kau sendiri.” Rungut Mia.
“Alah relaks lah bro.” Syamin senyum ala-ala kerang busuk yang nak basi sambil mengangkat tangannya untuk meyuruh Mia bertenang.
“Relaks tak relaks, aku dah habis makan dan sekarang pun waktu lunch kau dah tamat. Nanti bos besar kau marah pulak. Jadi, jom blah.” Mia bangun dari kerusinya.
“Okey lah. Tapi siapa yag nak bayar semua ni?” Jari Syamin menunjukkan kearah makanan di atas meja.
“Siapa lagi, kau lah. Ha…ha..ha..” Mia pantas berlari meninggalkan Syamin seorang diri di dalam warung tersebut.

Xxxxxxxxxxxxxxxx
“Ah, tensionnya! Bos besar tu pun agak-agaklah nak bagi kerja kat aku. Ingat kelulusan aku ni untuk cari perempuan ker? Macam nak…” Belum sempat Syamin menghabiskan kata-katanya Zikri, pembantu bos besarnya a.k.a. bos dia yang ke-2.
“Macam nak, macam nak apa Syamin?” Soal Zikri.
“He,he,he…. Bos buat apa kat sini? Tadi, saya kata kata macam nak penendang jer bos besar tu. Suka hati dia jer nak suruh saya cari awek kat dia. melebih dah nie.” Syamin dengan muka yang berang mengepal penumbuknya itu. Syamin dengan Zikri memang rapat walaupun mereka jarang berjumpa.
“Yerlah tu. Sebelum awak dipanggil Tengku Azreal lebih baik awak cari sekarang awek untuk dia jumpa Tengku malam nanti.” Gesa Zikri.
“Yerlah… Yerlah…. Syamin menarik muka. “Tapi bos, saya manalah banyak kawan perempuan yang cantik-cantik nie. Yang ada pun macam gorilla terlepas kandang. Dah pecah kepala saya dibuatnya.”
“Alah, awak ambik jer yang mana-mana pun.”
“Bos kalau awek ni macam mana?” Syamin menunjukkan gambar Mia yang berada di telefonnya kepada Zikri.
“Boleh tahan. Awak tanyalah dia?”
“Tapi bos… dia ni susah sikit bos. Nak jaga dia mengalahkan gorilla yang ada kat zoo bos!” ujar Syamin. Dia sebenarnya ragu-ragu untuk mencalonkan Mia sebagai kekasih bos besar.
“Tak apa. Awak suruh jer dia datang MM Holding esok.  Saya nak tengok dulu macam mana. Okey. Awak boleh sambung kerja awak balik yer.” Ujar Zikri.
“Baik bos.” Syamin mengangkat tangannya tanda hormat.

Xxxxxxxxxxxxxxx

“Aper? Kau nak suruh aku pergi pejabat kau jumpa bos kau. Tak nak arh.” Muka Mia sudah berkerut. Tak nak arh aku pergi sana. Dah lah aku dengan bos si Syamin nie ada kisah silam. Hergghhhh…
“Ala, kali ni jer keyh? Bukan jump abos besar tapi bos aku. please!” pujuk Syamin macam badak nak mampos.
“Tengok lah macam mana. Aku tak berani janji yer!”
“Sayang kau.” Syamin terus memeluk tubuh Mia.
“Tapi nak buat apa?”
“aaa… Kau datang jer” Fuhh.

Xxxxxxxxxxxxxxx

“No way! saya dengan Jebon tu jadi pasangan…. Ingat saya nie tangkap muat sangat ker? Saya dengan dia tak akan…” belum sempat Mia meneruskan percakapannya Tengku azreal sudah mencelah.
“Woi minah! Kau buat apa kat sini?” hiss… napalah hari mu malang sangat Mia oiiii.
“Apa woi woi. Aku ada nama lah. Kau ingat aku lalu sangat ker nak masuk syarikat kau ni ha? Nak termuntah aku.”
“Kalau nak termuntah kenapa kau masuk jugak minah kelibut oiiii.” Ish mamat nie memang nak kena jugak ni. Aku ingat lagi macam mana aku dengan dia bergaduh haritu. Kang tak pasl-pasal dia pulak kena kang.

Xxxxxxxxxxxxxxx

Dusshhh!
“Aduh! Sapalah tolak aku ni.” Bisik Mia perlahan. Mia mendongak kepalanya kearah orang yang melanggarnya. Belum sempat dia berkata mamat tadi itu mencelah.
“Woi kau tak ada mata ker? Lain kali tu jalan pakai mata lah.”
Mamat ni memang nak kena dengan aku ni. “Woi, kau ingat kau hebat sangat ker. Kau tahu tak dalam hal ni sapa yang langgar siapa?” tegas Mia.
“Kau nak mengajar aku pulak erk? Hei, aku tahulah kau ni pompuan tapi kau ingat aku nak salam dengan kau minta maaf ker? Sorry la weii. Cermin diri kau tu dulu. Dalam hal ni kau yang salah bukan aku.
“Kau memang nak kena dengan aku nie..”
Dushhhh!
Tengku Azreal sudah terduduk di lantai akibat tumbukan padu Mia.

Xxxxxxxxxxx
“Yang kau termenung ni apa hal? Kau nak fikir macam mana nak tumbuk muka aku nie lagi? Jangan harap lah betina oiiii.”
Mamat nie apasal ha. Dari dulu memang tak berubah lah perangai dia ni. Kang kena jugak dengan aku lagi kowt. Bebel Mia di dalam hati.
“Woi mulut kau ni wangi lah kan? Kau guna perfume apa? Lagi satu, mulut kau ni guna insurans no 1 ke 2 ke 3? Aku tengok kecil jer. Dari dulu tak berubah.”  Seloroh Mia.
“Ish, korang nie. Macam budak-budak jer lah. Yang lepas, lepaslah. Pantang jumpa jer mesti gaduh. Aperlah..” mahu tak tegur, ramai dah orang yang tengok drama swasta free diorang dua ekor nie.
Mia dan Tengku Azreal mula membuat muka seposen.
Semasa penerangan Zikri, Mia langsung tidak memberi perhatian sebab satu apa pun tak masuk dalam kepala hotak dia sebab dia pakai earphone. He…he…he..
Yang dia tahu hanya sains di kertas yang diserahkan oleh Tengku Azreal.


Xxxxxxxxxx

“Syaminnn! Bos besar kau nak apa lagi?” jerit Mia sambil menghentakkan meja kerja Syamin.
“Hoi mak kau kapal terbang jatuh. Lari Mia… kapal terbang jatuh.” Syamin mengurut dadanya perlahan-lahan. Mia nie memang nak bagi aku nie mati nie.
Mia ketawa kuat sehingga banyak staff di situ melihat kearah mereka.
“Kau nie memang nak kena lah dengan aku Mia.” Syamin mencebik.  Tak fasal-fasal ada kes gaduh kat syarikat nie sebab kes melatah. Ish! Ish!
“Woi. Dah-dah la tu gelak. Tak fasal-fasal kena cop Tanjung Rambutan kot.”
“Sorry! Sorry! Bos besar kau suruh aku datang nie buat apa? Nak marah aku lagi ker?” soal Mia.
“Owhh… Pasal rancangan tu.” Terang Syamin.
“Rancangan apa? Aku tak tahu pun.” Muka Mia berkerut-kerut memikirkan rancangan apa. Rancangan apa? Takkan macam-macam Aznil pulak. Hishh. Menyusahkan betul lah. Tu lah lain kali buat lagi tuli. Bebel Mia di dalam hati.
“Kau ni buat lupa pulak. Kan ker kau dah setuju jadi awek olok-olok bos besar. Kan kau dah sign.” Ujar Syamin.
“Oh My God! No! No!”
“No! no! tengkorak kau. kau kan dah sign dah.”
“Tak nak!” Mia menunjukkan tanda tak nak. Ha,ha,ha, ambil logo tak nak merokok. Wait! Tapi aku tak nak.  Aku tak nak lah berganding dengan laki toyol campur bangla tu.
“Apa yang tak nak nya Mia? Saya boleh ajer batalkan perjanjian kita tapi awak kena bayar 3 kali ganda wang yang saya beri kat awak. So, macam mana?” mana mamat sewel bangla nie datang? Kan aku cakap tak nak. Tak nak, tak nak lah! Tapi kalau aku cancel kontrak nie aq yg jatuh rugi pulak. Arrghhh. Accept jer lah.
“Fine, saya terima.” Mia terus keluar dari pejabat  itu. dia malas hendak menatap wajah Tengku Azreal lama-lama.

Xxxxxxxxxxxxxx

Kini sudah tiba masanya Mia beraksi di depan orang tua Tengku Azreal. Walaupun takut dia terpaksa pergi kerana wang sudah dia ambil. Pada pukul 8 malam tadi Tengku Azreal sudah terpacak di hadapan rumah dia.
Semasa dalam kereta Mia selalu mengurutkan dadanya bukan kerana takut tapi sebab Tengku Azreal yang memandu kereta macam orang gila.
Apabila sampai di vila mewah Tengku Azreal mulut Mia sudah tidak boleh ditutup. Dia seperti berada di kayangan kerana terlalu cantik, mewah besar dan banyak lagi lah. Samapi jer terus Mia kena peluk dengan mamanya Tengku Azreal.
 “Comel nya bakal menantu mama Azreal. Pandai kamu pilih. Nasib baik lah kamu tak pilih si Farah. Kalau dia jangan harap mama suka. Perangai dia tu gedik sangat.” Bebel tengku Rosmah.
“Tak ada comelnya Tengku. Biasa aja.”
“Ish, apa panggil tengku ni panggil mak engku jer. Tak payah tegeliat lidah nak sebut.”
“Eh, jom lah kita makan malam. Semua dah terhidang dah tu.” Pelawa Tengku Rosmah.
“Buat susah pulak.” Mia tersenyum. Memang lapar pun sebenarnya.
“Tak adalah. Jom lah. Azreal ajak Mia makan.” Arah Tengku Rosmah.
“Cepatlah.” Tanpa berkata apa-apa Mia pantas menuju ke meja makan. Hari ini papa Tengku Azreal tiada sebab berada di outstation di UK.
Mereka makan sambil bergelak ketawa. Kecuali Tengku Azreal. Dia hanya bercakap apabila ditanya.
“Kamu bila nak bertunang? Mak Engku rasa baik percepatkan sebab kamu berdua dah kenal pun dah 5 tahun so, taka da problem kan?”
Blurrpp! Air yang diminum oleh Mia tadi terpecik keluar dari mulutnya.
“Tapi…” belum sempat Mia berkata Tengku Azreal sudah pun memintas cakapnya. “Kami okey jer mama.”
“Apa pulak yang okey nya. Saya kan masih muda untuk bertunang.” Mia mencelah
“Apa muda nya? Bertunang jer pun. Bukan kawin pun. Okey yer Mia? Mak Engku harap sangat dapat bakal menantu seperti Mia.”
“Hemmm.”
“Okey kalau macam tu kita adakan majlis ni bulan depan kalau keluarga Mia setuju. Macam mana?”
“A..A.. okk.. okey kot.” Waaaaa… helppp! Tak nak.



Mia sekarang sudah sah menjadi tunang kepada Tengku Azreal. Sejak itulah cinta mula berputik di hati Mia. Mereka berdua saling cinta tetapi keegoan mereka yang menyebabkan cinta itu terpaksa dipendam.
Mia yang sedang berada di atas katil telah dihubungi oleh Tengku Azreal supaya berjumpanya di café tempat selalu berjumpa tengah hari ini sebab ada hal penting yang perlu dibincang. Mia yang sedang landing di atas katil sedikit kecewa sebab ada orang kacau waktu liburan dia.
Sesampai jer Mia di sana Tengku Azreal sudah pun menunggu di suatu sudut yang tidak ramai orang. Mia mengambil tempat di hadapan Tengku Azreal.
“Ada apa yang awak nak jumpa saya ni?”
“Saya nak bincang pasal kita.?” Jawap Tengku Azreal.
“Kenapa dengan kita?” Soal Mia malas.
“Mama saya suruh kita kawin dalam masa terdekat nie.”
“What? Kawin. Awak kata kita takkan sampai tahap kawin-kawin pun. Kenapa ada pulak. Awak pujuk lah Mak Engku yang saya dengan awak dah tak serasi sekarang ni.”
“Masalahnya saya dah habis idea dah nak pujuk mama saya sekarang ni. Dia tetap nak bermenantukan awak.” Tegas Tengku Azreal.
“Awak pujuk lah Mak Engku atau kita beritahu hal sebenar tentang kita. Tentang perjanjian kita.”
“What? Awak gila ka apa? Kang tak fasal-fasal mama saya ada di ICU.”
“awak pujuk lah mama awak tu. Naya tau kalau kita kawin berdua. Kita tak serasi.” Tegas Mia.
“Awak pujuk lah sendiri. Saya dah penat dah nak pujuk mama saya tu. Kalau dia nak awak, awak lah tak ada pengganti.”
“Waaaaaaaa.” Jerit Mia perlahan.
“So macam mana?” soal Tengku Azreal.
“Macam saya cakap tadi, I think u should tell Mak Engku about our relationship and about the contract. I don’t want her get trouble when she know after  we married. So, saya x nak buat kesilapan and saya jugak tak nak dapat bala daripada semua ini. Saya tak nak Mak Engku menyalahkan kita dan kecewa akibat perbuatan kita terhadap dia” tutur Mia
Mia tidak tahu bahawa percakapan nya tadi telah mengubah riak muka Tengku Azreal. ‘Mia kenapa kau tak pernah merasai cinta aku. Ya, aku cinta kan kau Mia. Kau telah berjaya mencuri hatiku ini setelah disakiti oleh perempuan yang hanya mementingkan kerjaya nya itu. Tapi kenapa kau tak pernah merasai cinta ini. Adakah aku seorang saja yang merasakan begini. Sebenarnya aku yang beritahu mama tentang kita. Aku tak sanggup kehilangan kau setelah kau dapat mencuri hatiku ini. Jadi aku memutuskan untuk berkahwin degan kau. Dan aku hanya mereka cerita yang bahawa mama yang hendak kita berkahwin.’ Kata Tengku Azreal di dalam hati.
‘Azreal, asal kau tahu sekarang nie aku dah mula mencintai kau. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh mencintai kau. Jantung aku selalu bedegup kencang apabila aku bersama dengan kau. tapi adakah hanya aku seorang yang merasakan begini. Ya Allah andai dia jodohku  kau tolong lah memberikan kekuatan kepada ku untuk mengungkapkan perasaan ini.’ Desis Mia di dalam hati.
Ya mereka  mempunyai perasaan yang sama tetapi akibat keegoan mereka,  ungkapan cinta itu tidak dilafazkan. Mereka hanya mengikut perasaan sahaja.
“Bos besar pastu kita nak buat macam mana ni.” Kata Mia dan telah membuat kan Tengku Azreal tersentap.
“Entah lah. Saya tengok mama macam excited sangat nak kahwinkan saya dengan awak.” Balas Tengku Azreal.
“Bos besar pujuk lah Mak Engku supaya batalkan dulu niat dia tu.”
“Masalahnya saya dah penat pujuk mama saya tu. Dia kata ‘Azreal, mama ni dah tak sabar nak bermenantu. Mengharapkan si Zikri tu alamat kepunan lah mama. Azreal jangan lah risau mama yang buat semua majlis perkahwinan tu.’ Itulah yang mama saya cakap. And mama kata dia nak datang minggu depan rumah awak. Katanya datang nak meminang.” Ujar Tengku Azreal.
“Whats? Meminang? Tapi…” belum sempat Mia bercakap pantas Tengku Azream mencelah.
“I don’t know about that. If u want I pujuk my mom. I think u sendiri lah yang pujuk keyh”
“Alah bos besar nie cubalah bertolak ansur sikit.” Marah Mia. Dia ni macam suka jer nak kawin ngan aku. Ker dia nak siksa aku nie. Oh my God, please help me.
“Kalau tak ada apa-apa, kita baliklah.” Cadang Tengku Azreal.
“Hemmphh…” balas mia dengan malas. Malas nak jawap and malas nak fikir pasal masalah tadi. Walaupun dia mencintai lelaki itu tetapi dia tidak mahu merosakkan masa hadapan lelaki itu hanya kerana mengahwininya. Ya Allah, apa yang kau berikan kepadaku akan ku terimanya dengan hati terbuka.

Xxxxxxxxxxx

Kedengaran bunyi kereta meluncur masuk ke halaman rumah Mia. Mia segera bergerak ke arah jendela untuk melihat gerangan siapa yang datang ke rumahnya itu. Kelihatan Mak Engku, Ayah Engku, Tengku Azreal dan Zikri keluar dari kereta tersebut. Mia segera membuka pintu dan mempelawa mereka masuk.
“Masuk lah. Jangan malu-malu.”
“Mak dengan ayah mana?” Tanya Tengku Aslam
“Mak dengan ayah ada kat dapur tengah memasak. Duduklah dulu. Kejap nak panggil mak ngan ayah kejap.” Jawap Mia. Segera dia menuju ke dapur untuk memanggil mak dan ayahnya itu.
“Mak ayah  pergilah sembang ngan diorang. Biar Mia yang buat. Lagipun hanya letak kat dalam bekas jer pon.” Kata Mia kepada orang tuanya itu.
“Hemphh… Elok-elok buat tu.” Pesan Puan Maznah sebelum meninggalkan dapur.
Kedengaran riuh gelak ketawa apabila Mia memasuki ruang tamu untuk meletakkan air dan mee kuah.
“Elok sangat lah tu. Lagipun buat apa dok memeram lama-lama baik bagi jer kahwin terus.”  Kata Mak Engku.
“Ha. Lagipun mereka dah kenal lama dah kan. Jadi, tak dak masalah lah kalau nak bagi diorang kahwin.” Balas Puan maznah.
“Saya setuju.” Kata Ayah engku.
“Mia macam mana setuju ker tak?” Tanya Puan Maznah.
“Mia ikut jer. Asalkan mak dengan semua orang gembira.” Kata Mia.
“Alhamdulillah”.

Xxxxxxxxx
Setelah 2 bulah Mia telah bergelar isteri kepada Tengku Azreal Iskandar Tengu Aslam apabila dia melafazkan Mia sebagai isterinya. Kini, setelah selesai lafaz tibalah masa pembatalan air sembahyang. Dia  datang ke hadapan Mia dan mengambil sebentuk cincin dan disarungkan ke jari manis Mia . Dan Mia turut melakukan perkara yang sama. Selesai menyarungkan cincin, Tengku Azreal memegang dagu Mia lalu mencium dahinya. Mereka berkeadaan begitu dalam 15 saat akibat ramai orang yang hendak mengambil gambar.
Sebelum melangkah keluar masjid Mia sempat berdoa agar Allah kekalkan lah hubungan ini. Kalau ditakdirkan jodohnya dengan Tengku Azreal akan dia jaga hubungan ini sampai ke akhirnya. Jikalau rumah tangganya porak peranda akan dia cuba segala upaya yang ada untuk mempertahan kan rumah tangganya itu.
“Amboii, termenung apa tu ha?” sergah Tengku Azreal.
“Ish, awak nie boleh tak jangan buat saya terkejut” marah Mia.
“Dah saya tengok awak termenung jer saya datang lah tegur. Kang tertinggal pulak orang tu kat sini.” Usik Tengku Azreal.
“Dahlah, orang nak balik.” Malas dia nak layan Tengku Azreal. Sekarang dia pening memikirkan hubungannya dengan Tengku Azreal.  Dia tidak tahu status dia sebagai seorang isteri atau hanya isteri di dalam kontrak. Tetapi semasa kami kahwin tidak ada pun kontrak. So, bukan kahwin kontrak. Ya Allah, tolonglah hambamu ini dalam hal ini Ya Allah. Kata Mia di dalam hati.
“Tengok! Termenung lagi. Awak nie saya rasa kena kurangkan lah makan ikan temenung. Semakin lama semakin suka termenung kan?” Kata Tengku Azreal menyebabkan Mia sedar dari lamunannya.  Memang betul akhir-akhir ini dia selalu termenung seorang diri.
“Biarlah kat orang nak termenung ker aper…” Mia terus melarikan diri dan memasuki kereta milik Tengku Azreal. Keadaannya yang kelam kabut itu membuat kan Tengku Azreal tersenyum sendiri.
“Yang tersengih sorang-sorang kat situ kenapa.? Cepatlah sikit.” Marah Mia kepada Tengku Azreal.
“Yerlah.” Balas Tengku Azreal.



Xxxxxxxxxxxxxx

Setelah habis tetamu pulang Mia dan Tengku Azreal menolong ibunya mengemas dan mencuci pinggan mangkuk. Mujurlah keadaan rumah tidak terlalu bersepah dan  mereka tidak payah untuk mengemas rumah. Mama dan papa mertuanya sudah lama pulang rumah mereka. Kini tinggal menghampar kembali tikar ke atas lantai.Setelah selesai mereka semua berehat di balkoni rumah.
Mia membawa air ke sana bersama kuih yang lebih tadi.
Mia menuang air ka dalam cawan. Lalu dihulurkan kpada suaminya a.k.a. Tengku Azreal baru dia beri kepada ayah dan ibunya.
“Azreal kalau mengantuk pergi lah tidur dulu.” Kata ayah kepada Tengku Azreal.
Oh My God,  kenapa dia boleh lupa tentang perkara ini. Dulu waktu alam persekolahan apabila bercerita malam pertama dialah orang pertama yang bangkang apabila kawan-kawannya menyatakan bahawa malam pertama tu sangat sakit. Mcam mana nie. Baru dia ingat bilik nya itu lain dari bilik lain. Biliknya mewah sedikit kerana biliknya mempunyai ruang yang besar, sebuah katil queen, sofa dan penghawa dingin. Kalau terpaksa jugak dia akan tidur di atas sofa.
“Tak pa. nanti saya masuk lah. Nak ambil udara segar dulu.” Jawap Tengku Azreal. Dia dapat cam perubahan riak wajah Mia. Mungkin takut apabila ayah mentuanya menyuruh masuk ke bilik untuk berehat.
Pantas Mia bangun dan meninggalkan mereka semua dan dia masuk ke dalam biliknya. Lalu dia cepat-cepat mengambil bajunya di dalam almari untuk membersihkan dirinya akibat peluh semasa mengemas tadi. Mujurlah bilik air ada di dalam biliknya.
Setelah selesai Mia keluar dari bilik airnya. Mia sedikit terkejut kerana Tengku Azreal sudah terbaring di atas katilnya. Lalu Mia menyidaikan tualanya lalu pergi ke meja solek untuk menyikat rambutnya itu. Dia tidak sedar bahawa Tengku Azreal sudah terjaga dari tidurnya.
“Awak, tak sangka rambut awak cantik erk.” Tutur Tengku Azreal.
Pantas Mia menoleh kearah lelaki itu. “Awak tak nak mandi ker.?” Ujar Mia untuk menutup rasa gementar dia.
“Nak lah.” Lalu Tengku Azreal berlalu dan masuk ke dalam bilik air.

Xxxxxxxxxx
“Awak tidurlah atas katil, saya tidur kat sofa nie key.” Tutur Mia.
“Whats? Awak nak tidur atas sofa? No way. Saya tak izinkan. Awak kena tidur dengan saya atas katil nie. Kalau awak ingkar jugak saya akan bagi tau kat mak and ayah awak. Ingat, derhaka terhadap suami masuk neraka!” Tegas Tengku Azreal.
“Awak… Arghhhhh…. Okey fine saya turuti. But jangan melebih pulak yer.” Balas Mia. Lalu dia berlalu pergi kearah katil dan melabuhkan tubuhnya di atas katil dan memejam matanya. Tidak samapai 10 minit dia sudah tidur.
Mia merasakan sesuatu berada di pinggangnya. Mia pantas membuka matanya. Alangkah terkejutnya apabila mukanya dia dan Tengku Azreal hanya dengan jarak 2 inci. Dan lebih mengejutkan tangan Tengku Azreal melingkari pinggangnya itu.  Mia cuba untuk mengalihkan tangan itu daripada pinggangnya tetapi tidak berdaya. Akhirnya dia mengalah juga.




xxxxxxxxxxx.
“Good morning sayang. Lambat bangun.” Kejut Tengku Azreal apabila mata Mia masih tidak buka.
“Arrggghhhh…. Kejap lagi larh orang bangun. Kan still early lagi kan.” Kata Mia lalu dia kembali tidur semula.
“Eh! Awak lupa ker yang hari ini kita nak kena balik rumah mama. Kan hari ini ada majlis resepsi kita.” Tengku Azreal pantas mengingat kan Mia tentang majlis tersebut.
“Whats! Kenapa saya tak tahu pun” Mia pantas bangun lalu dia kembali tidur semula.
Pantas Tengku Azreal mencepung Mia lalu dibawa nya ke bilik air.
“Awak nak buat apa hah? Turunkan saya sekarang.” Marah Mia sambil menampar belakang suaminya itu.
“okey fine. But you must promise to me that you will go to the ceremony okey!” kata Tengku Azreal kepada Mia.
“Okey, okey. Now let me down.” Tutur Mia. Lalu Tengku Azreal menurunkannya semula. “ And who say that I will not go to the reseption later? Think first before acting” Mia sempat memesan kepada Tengku Azreal sebelum masuk ke dalam bilik air.

Xxxxxxxxxx
Setelah bersiap mereka terus bergegas ke rumah Tengku Rosmah. Mereka singgah sebentar di tempat perhentian. Mereka bergegas menuju ke tandas. Apabila selesai, mereka pergi ke gerai tempat menjual makanan.
Mereka sampai ke rumah Tengku Rosmah dalam masa 30 minit.
“Kenapa lambat nie. Kan malam nanti ada majlis resepsi korang. Tak kan lupa kowt? Mesti lah tak lupa kan.” Tegur Tengku Rosmah. Lalu dia menarik tangan Mia menuju ke ruang tamu. Mia agak terkejut apabila sampai di situ dia mendapati banyak pakain pengantin berada di ruang tersebut.
“Mama nak buat apa dengan baju banyak-banyak nie.” Tanya Mia pelik.
“Larh kan nanti malam Mia nak pakai baju pengantin so, mama nak Mia try baju yang mana cantik untuk dipakai nanti.” Terang Tengku Rosmah sambil membelek baju untuk diberi kepada menantu kesayangannya.
Tengku Azreal menggeleng kepalanya melihat telatah ibunya. “Kan hari tu kami dah try kat butik. Kenapa nak kena try lagi?”
“Mama nak majlis korang tu perfect.” Pantas dia mencapai baju gaun labuh berwarna gold mengikut kesesuaian tema lalu diberikan kepada Mia. “Nah, cuba Mia try baju nie. Mesti menantu mama Nampak cantik sangat.” Ujar nya.
“Eh, buat susah-susah jer.” Kata Mia sambil memandang baju tersebut. Memang betul baju tu cantik. Baju itu dihiasi dengan permata dan labuci yang nampak elegan. Dan warna nya yang kelihatan menyerlah memang mampu menarik perhatian orang yang melihat baju ni.
“Eh, apa susahnya. Kan mama kata, mama nak malam nie perfect and no error will occur soon.” Jelas Tengku Rosmah.
“Thanks ma.” Lalu Mia memeluk mama mentua itu.
“Welcome. Mama nak Mia janji dengan mama”
“Janji apa mama?” janji apa pula yang mama mentua dia nak suruh ni. Ngomel Mia di dalam hati.
“Mama nak mia janji dengan mama yang Mia akan bahagiakan Azreal. Mama tak pernah tengok dia bersungguh-sungguh dengan perempuan sejak dia berpisah dengan ex- girlfriend dia. Dan mama betul-betul terkejut apabila dia mintak mama untuk meminang kamu. Masa tu Azreal memang nampak bersungguh-sungguh sangat. So, mama tak nak dia kecewa lagi key.”terang mama mentua nya.
Kata-kata itu betul-betul menyentap Mia. Dia yang suruh mama meminangnya? Bukan ker dia kata mama yang beria-ia sangat nak jodohkan dia dengan Azreal? So, selama ni Azreal tipu aku lah. And adakah Azreal sama dengan aku juga? Adakah dia mencintai aku juga.  Mia tidak dapat menuturkan sebarang perkataan waktu itu. Tetapi mulutnya tiba-tiba ringan menuturkan perkataan “I promise ma.” Ya dia akan berjanji walau sesulit mana pun hubungan mereka akan dia tempuh dengan sabar.

Xxxxxxxxx
Majlis resepsi itu berlaku dengan meriah sekali. Ramai ahli keluarga Tengku Azreal datang ke majlis tersebut. Dan pada majlis itu jugak suaminya itu tidak lekang dengan senyuman yang boleh membuatkan sesiapa melihatnya pasti cair temasuklah dirinya.
Ramai kawan-kawanku dan kawan Azreal datang. Hampir terkulai tangannya akibat keletihan menyalam dengan kawan-kawan dan tetamu yang datang. Tetapi mujurlah ada suaminya yang memberi semangat kepada dia. ‘Ya Allah, kau kekalkan hubungan kami Ya Allah’.  Mia berdoa di dalam hati.
“Awak okey ke tak ni?” Tanya Tengku Azreal dengan caring nyer.
“Fine. Awak jangan lah risau sangat.” Kataku kepadanya. Hari ini hari yang bahagia buat diriku. Sejak dari tadi tangannya sentiasa berada di dalam genggaman suaminya.

SETELAH habis majlis tersebut, kami pulang ke rumah. Ibu ayah Mia sudah pulang ke rumah mereka. Yang menginap di rumah mama mentuanya hanyalah saudara mara yang datang daripada jauh. Mereka melayannya dengan begitu baik. Saat itu Mia seperti berada di kayangan. Tak sangka orang kaya seperti mereka baik juga. Tutur mia di dalam hati.
“Awak nie x penat ker?” Tanya suaminya lagi. Kenapa suaminya itu sejak pulang dari majlis resepsi mereka sangat caring dengannya.
“Penat tu penat lah jugak. Tak per ke tinggal diorang kat bawah nie.?” Tanya Mia dengan suara berbisik.
“it’s so key. Jomlah masuk bilik.” Pantas Tengku Azreal menarik tangan isterinta naik ke atas. Tetapi baru hendak menjejak anak tangga kedengaran suara-suara sumbing mambang berdehem. “Ehemm, ehemm… dah tak sabar dah ker nak bermalam pertama.” Suara Mak Ngah suaminya berkata. Apa lagi muka Mia sudah bertukar menjadi merah.
“Aper Mak Ngah ni. Tengok Mia dah blushing dah. Kesian kat dia. Lagipun malam nie kitorang nak rest.” Tutur suaminya lalu dia menarik isterinya naik ke atas. Kalau layan Mak Ngah nya sampai esok pagi tak habis.
“AWAK pergilah tukar baju dulu. Saya nak rehat kejap.” Ujar Tengku Azreal.
“Hemphh…” jawap Mia dengan bersahaja lalu dia mengambil pakaiannya yang still berada di dalam beg yang dibawa pagi tadi. Dia terus berlalu masuk ke dalam bilik air.
Setelah siap berpakain Mia keluar dari bilik air. Alangkah terkejutnya apabila melihat suaminya berada di pintu bilik air berhadapan dengan mukanya dan dia hanya dibaluti dengan tuala iaitu dari aras pinggang ke paras lutut.
“Awak masukkanlah baju awak tu dalam almari tu.” Ujar Tengku Azreal sambil menunjukkan almari yang pintunya terbuka itu.
Pantas Mia berlalu dari situ tetapi tangannya ditarik oleh  Tengku Azreal. “Are you embrassed to see my present condition.” Tutur nya sambil tersenyum menggoda kepadaku.
“NO way. I think you have your  bath now and quickly pray.” Tegas ku.
“Okey. I know you feel self-conscious state. And what we said prayer together?”
“Sorry lah. Saya tak boleh sembahyang lah.” Jelas Mia kepada suaminya itu.
“Owh x pa lah.” Tengku Azreal mengatur langkah nya memasuki bilik air. 

Setelah habis solat isyak Tengku Azreal melihat isterinya yang lena di atas sofa. Mungkin terlalu penat. Lalu dia bangun dan menyidai sejadah lalu menuju kearah isterinya. Dia mengangkat tubuh isterinya perlahan-lahan. Dia tidak mahu mengganggu lena isterinya. Dia meletakkan isterinya di atas katil.


Xxxxxxxxx
Mia menggesel matanya. Dia membuka matanya untuk melihat keadaan sekelilingnya. Dia melihat wajah mulus Tengku Azreal yang lena di sebelahnya sambil memeluk pinggangnya. Alangkah bagusnya kalau dia mengatakan perasaan nya yang sebenar kepada ku.
“Handsome sangat ker saya yang awak renung saya tu?”  hampir menjerit aku apabila terdengar suaranya.
“Ish awak nie suka bagi saya terkejut tau…   Nanti saya mati baru tau.”
Pantas mulutnya dicekup oleh Tengku Azreal. “Awak nie tak sayang nyawa ker ha? Nanti sapa nak teman saya masa saya tidur nanti kalau  awak tak ada?” Muka aku dengannya hanya jarak 2 inci sahaja. Aku melihat matanya untuk melihat keikhlasan kata-katanya itu. “Saya harap awak tak sebut pasal tu lagi key. Saya tak nak kehilangan awak dan saya janji tak bagi awak terkejut lagi key.” Tutur Tengku Azreal.
“What you mean?” soal Mia.
“I mean I love you.” Jawap Tengku Azreal tanpa ragu-ragu.
Mia terpanar seketika. Dia memang tidak sangka bahawa suaminya akan mengungkapkan perkataan itu. Mia melihat ke anak matanya untuk mencari keikhlasannya. Mia dapat melihat bahawa Tengku Azreal memang ikhlas tentang perasaannya itu.
“Are you serious?” Tanya Mia.
“Yearh… I really love you.” Ungkap dia lagi.
“Are you serious? But when you love me?” Tanya Mia sekali lagi.
“Yearhhh… I so serious right now. Saya suka kat awak lepas kita bertunang. So saya harap awak dapat menerima cinta saya.” Pantas Tengku Azreal menarik tangan Mia lalu diciumnya. Mia sedikit tersentap dengan perbuatan itu. “So, macam mana? Awak sudi tak terima cinta saya?” Tanya Tengku Azreal.
Lalu Mia mengangguk kepalanya tanda setuju. “Thanks sayang.” Lalu Tengku Azreal mencium pipi mulus milik Mia. Hari itu merupakan hari yang bahagia buat Tengku Azreal dengan Mia.

Xxxxxxxxxxxxxx
SEMINGGU berlalu. Kini, hubungannya dengan Tengku Azreal semakin membaik. Tengku Azreal di mata Mia sangat romantic dan penyayang. Dia selalu membelai Mia dengan penuh rasa sayang. Sebelum pergi kerja Tengku Azreal akan mencium dahi milik isterinya. 
Kringg! Kringg! Kringg! Panggilan telefon itu membuatkan Mia kembali ke dunia sebenar. Lalu Mia menuju ke tempat letaknya telefon C3 nya itu. Lalu dia menjawap panggilan tersebut.
“Hello.”
“Assalamualaikum. Sayang buat apa tu?” Tanya Tengku Azreal. Inilah rutin suaminya apabila sampai ke pejabat.
“Waalaikummussalam. Tak buat apa-apa pun. Baru teringatkan awak tadi.” Kata Mia.
“Oh yea, tak sangka ada orang tengah fikirkan kita di sini. Terharunya.!”
“Macam peril jer kita di sini!” kata Mia ala-ala merajuk.
“Alah jangan lah merajuk sayang abang sorang nie.  Abang telefon ni nak kasi tahu malam nanti mama suruh kita dinner dengan  diorang kat Hotel Annerves keyh. Kita bermalam kat sana tau. So, tolong packing jap baju sayang and abang keyh.” Tutur Tengku Azreal.
“OKey. Awak balik pukul berapa?” soal Mia.
“Mungkin dalam pukul 5 kot. Okeylah sayang abang nak kena pergi dulu. Client abang dah sampai dah. Bye. I love you.”
“Okey. Bye. Iove you to.”
Tut! Tut! Tut! Panggilan telah diputuskan. Pantas Mia menuju kearah almari pakaian untuk memasukkan baju ke dalam beg.

Xxxxxxxxxxxxxx

Selepas mereka sudah bersiap mereka menuju ke bawah. Pantas Tengku Azreal memeluk pinggang isterinya itu. Dia ingin hari ini menjadi hari yang paling gembira kepadanya. Setelah dia mengucapkan perkataan ‘I love you’ kepada Mia hubungannya dengan Mia semakin membaik. Dia tidak ingin hubungannya diganggui lagi.
“I love you” Tutur Tengku Azreal separuh membisik ke telinga Mia.
“I love you to” balas Mia. Lalu dia mencium pipi suaminya itu. dia berasa sangat gembira hari ini. Pantas mereka msuk ke dalam kereta dan meluncur ke Hotel Annerves.

SAMPAI saja di hotel itu Tengku Azreal menuju kearah kaunter hotel tersebut. Lalu Tengku Azreal menarik tangan Mia menuju kearah lif.
“Kita nak pergi mana nie?” Tanya Mia.
“Ke bilik kita lah.” Jawap Tengku Azreal dengan bersahaja.
“Kata nak makan dinner dulu.” Tanya Mia pelik. Sebelum sampai ke hotel suaminya mengatakan mereka akan makan dahulu. Tetapi sekarang ni berlain pulak. Biarlah yang mana satu.
“Tukar pulak. Ada masalah sikit kat dapur diorang tu.” Pantas mereka menuju kearah bilik yang bernombor 213.
“Sayang tunggu jap kat sini. Abang nak turun bawah jap. Sayang tunggu kat sini tau jangan keluar mana-mana.” Kata Tengku Azreal.
“Awak nak pergi mana?” Tanya Mia. Dia sedikit pelik melihat wajah suaminya yang kelihatan sangat teruja.
“Tak pergi mana. Abang nak tengok kalau mama papa dah sampai ker.” Bidas Tengku Azreal.
“Okey…. Jangan lama-lama tau.” Lalu Tengku Azreal mencium dahi isterinya itu.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tuk! Tuk! Tuk! Kedengarann pintu bilik diketuk. Pantas Mia membuka pintu.
“Happy birthday Mia.” Syamin, Zikri dan mama mentuanya mengucapkan selamat hari lahir kepada Mia. Mia langsung tidak tahu bahawa hari ini hari ulang tahunnya. Mia begitu teruja dengan semua ini.
“Thanks.” Ujar Mia dalam keadaan yang tidak percaya.
“Jom kita turun ke bawah. Mak dengan ayah awak pun datang sekali tau.” Ujar Tengku Rosmah.
Mereka semua turun ke bawah. Mereka menyambut hari ulang tahun Mia. Mia sunggu tidak menyangka tujuan mereka datang kesini hanyalah untuk menyambut hari lahirnya. “Sayang tak suka ker?” Tanya Tengku Azreal.
Pantas Mia sedar dari lamunannya. “Taklah. Saya suka lagi adalah. Kenapa awak tak bagitahu kat saya yang awak nak buat semua ini.”
“Kalau kasitau tat surprise larh.” Lalu suaminya itu mencuit hidungnya.
“Yerlah tu”. Pantas Mia bangun dari tempat duduknya  lalu menuju kearah mama mentuanya dan maknya yang rabung bersembang.

“MIA kau ngan bos besar  nampak berlain jer. Korang dah berbaik ker. Bukan ker dulu kau ngan dia enemies jer.” Tutur Syamin pelik. Yerlah diorang ni dulu pantang jumpa mesti bergaduh.
“Kan orang tua kata mula-mula benci lepastu sayang lah. Kitorang dah berbaik lah.” Ujar Mia sambil mengunyah kek hari jadinya itu.
“Bestnya kau. mesti dia sayang kau ni.” Syamin mula tersenyum-senyum sendiri sambil tengok kearah Tengku Azreal. Pantas Mia mengetuk kepala Syamin.
“Ish. Apa main ketuk kepala orang nie. Ingat tak dak insurans ker.” Marah Syamin sambil menggosok kepala nya.
“Yang kau tengok Azreal tu kenapa? Nanti dia tau lah kita tengah cakap pasal dia.” Marah Mia kepada Syamin.
“Aku bukan tengok laki kau tapi orang yang sebelah kau tu.” Ujar Syamin sambil tersenyum malu. Malu taik kucing! Pantas Mia melihat kearah suaminya. Kelihatan di sebelah suaminya itu hanya ada Zikri.
“Zikri ker? Korang tengah couple ker? Atau kau yang syok kat dia?” Tanya Mia.
“Kau ni tanya lah pelan-pelan. Nanti diorang dengar nanti. Sebenarnya aku denga dia dah couple pon. Macam mana kau nak tahu asyik dengan suami kau jer.” Ujar Syamin.
“Alhamdulillah.”

Xxxxxxxxxxxxxxxx
MEREKA semua masuk ke bilik masing-masing. Sebaik sahaja menutup pintu, Tengku Azreal menarik lembut tangan Mia dan membawanya ke sofa. Dia kemudiannya meminta diri untuk ke bilik sebentar dan menyuruh Mia menunggunya di situ. Mia hanya mengangguk walaupun di dalam kepala penuh dengan teka-teki apa yang dibuatnya di dalam bilik. Mengapa dia disuruh menunggu di atas sofa ini?
Tengku Azreal  keluar dari bilik bersama satu sampul di tangannya lalu dia merebahkan dirinya di sebelah Mia sambil senyum kepadanya. “Sayang cuba teka apa ada dalam sampul ni?”
“Gaji Mia yang tertangguh hari tu kot.” Soal Mia yang ingin mengambil sampul itu daripada tangan suaminya itu.
“No, you can’t. Cubalah teka.”
“Masalahnya Mia tak tahu apa yang ada dalam sampul tu. Awak kasitau jer lah.” Pujuk Mia sambil mengedibkan matanya supaya suaminya itu memberitahu kepadanya apa isi di dalam sampul tersebut.
“Cubalah teka dulu.” Tengku Azreal masih tidak mahu memberitahu kepada Mia.
“Surat wasiat.”
“No.”
“Geran tanah”
“Lagi lah salah.”
“Surat sakit awak.”
“Sayang! Fikirlah dulu sebelum jawap.” Mata Tengku Azreal dikecilkan dan merenung kearah isterinya itu.
“Masalahnya Mia memang tak tahu. Cubalah bagi clue sikit.” Marah Mia.
“Dia umpama sayap. Kalau tak dak dia kita tak boleh terbang.” Mia mula memikir. Seperti sayap? Tak boleh terbang tanpa dia? Ingat aku ni burung ker nak terbang. Lalu Mia mula teringat bukan burung sahaja yang boleh terbang ,manusia pun boleh terbang kalau naik kapal terbang.
“Ni mesti ada kena mengena dengan kapal terbang kan?” kata Mia.
“Yes.” Jawapnya sambil memberi sampul itu kepada Mia. Mia membuka sampul itu dan dia begitu terkejut kerana mempunyai tiket kapal terbang ke Paris dan Itali. Dia melihat lagi tiket itu dan mendapati nama nya tertera di tiket itu.  Tapi, bila masa dia bila masanya dia pergi beli tiket ini?
“Awak tiket ini…”
“Sorry, ambil passport sayang tanpa kebenaran.” Pintasnya sambil tersenyum. Patutlah dia tengok laci dia selerak.
“Tapi betul ker penerbangan ini lagi dua hari lagi.” Tanya Mia.
“Ya sayang. Sayang jangan risau semua keperluan kat sana abang dah sediakan. Baju sweater pon abang dah beli.”
“Thanks awak.” Pantas Mia memeluk Tengku Azreal.
“Janji dengan abang, tak kisah apa yang terjadi sayang tetap akan sentiasa berada di sisi abang sampai bila-bila.” Bisiknya perlahan sambil menggenggam jari jemari Mia.
Mia pantas mengangguk “Mia janji. Awak pun janji jangan sesekali tinggalkan Mia.” Tengku Azreal mengangguk lalu dia mengucup dahi Mia. .
“Sayang, I love u so much.” Ungkap Tengku Azreal bersama senyuman di bibir.  Matanya jauh merenung anak mata Mia , terlalu jauh.
Mia berdebar-debar dan sepanjang perjalanan menuju ke bilik Mia tengelam dalam anak matanya yang mempersonakan. Mia hanyut dalam pelukan suaminya yang tercinta itu. Kini, cintanya sama hebat dengan kasih Laila dengan Majnun dan seindah kasih Juliet dan Romeo.
Apa yang Mia harapkan esok dan selamanya semoga hubungan suami isteri mereka berdua dirahmati dan diredhai  Allah. Semoga mereka dikurniakan zuriat soleh dan solehah. Amin.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 Mia membuka matanya perlahan-lahan walaupun matanya masih mengantuk. Tetapi rasa mengantuk itu pantas hilang sebaik sahaja dia melihat wajah suaminya berada ditepinya. Dia mendongak kearah shilling sambil mengingati apa yang berlaku semalam. Mukanya tiba-tiba menjadi panas apabila dia mengingati hal semalam. Lebih baik dia pergi dari situ. Bukan dia takut tetapi dia malu untuk berhadapan dengan lelaki itu. Biarlah dia meredai dulu rasa malunya itu.
Pantas Mia mengalihkan tangan suaminya itu dari pinggangnya itu. Lalu dia bangun dan menjijakkan kakinya sebelah kanan dan apabila sebelah lagi kaki hendak mencecah lantai, tiba-tiba tangannya ditarik dan dia terbaring kembali di atas kati.
“Where you want to go, honey.” Suara Tengku Azreal begitu seksi ketika itu. Ahhh… kenapa jantung aku ni. Boleh tak jangan dok buat rentak time nie.
“Mi… Mia nak buat sarapan kejap.” Kata Mia terketar-ketar.
“I don’t want breakfast hari ni.” Katanya sambil mengangkat sedikit kepalanya sambil melihat wajah Mia. “ Sayang… merahnya muka.”
Pantas Mia menarik comforter menutup wajahnya itu. Bilalah rasa malu ni nak hilang? Kedengaran Tengku Azreal ketawa kecil membuatka Mia mengetap bibirnya itu.
“Sayang..,” katanya lembut sambil menarik comforter dan Mia pula masih memegang comforter tersebut dengan kemas.
“Kalau sayang tak nak bukak comforter biar abang masuk sekali dalam tu.” Pantas Mia mengalihkan comforter dari wajahnya itu.
Lalu Tengku Azreal terus memeluk Mia. “Abang sangat-sangat bersyukur sangat dapat isteri macam Mia. I love you so much.” Ujarnya sambil mencium dahi milik isterinya itu. Mia berasa sangat dihargai.
“I love you to.” Ujar Mia.

Xxxxxxxxxxxxx
Kini mereka berada di  lapangan kapal terbang.  Mereka dihantar oleh Syamin dan Zikri. Mereka bertolak setelah mendengar pesawat mereka telah sampai.
Setibanya mereka di Paris, mereka dibawa oleh pemandu kereta ke hotel mereka. Mereka berehat dulu sebelum mereka bersiar-siar di kota Paris itu.
“Sayang, bangun cepat.” Kejut Tengku Azreal.
“Arggghhhh… pukul berapa nie?” Mia mengeliat untuk merenggangkan urat saraf nya.
“Dah pukul 2 petang dah. Sayang pergi lah mandi dulu.” Ujar Tengku Azreal. Lalu Mia menapak ke bilik mandi untuk membersihkan badannya yang melekit. Tetapi apabila sampai di muka pintu dihalang oleh suaminya. Lalu suaminya terus menarik Mia ke dalam kamar mandi. Walaupun Mia menghalang tetapi tenaga Tengku Azreal lebih kuat. Dia terpaksa mengalah.
Setelah mereka solat mereka menapak ke restaurant yang halal untuk dimakan oleh orang islam. Suasana di sana membuatkan hubungan Mia dengan Tengku Azreal bertambah baik. Mia berasa selesa berada di samping suaminya. Dia berasa aman dan selamat di samping suaminya. Ya Allah kau tolonglah pekukuhkan hubungan kami ini hingga akhir hayat kami Ya Allah. Mia berdoa di dalam hati. Dia tak dapat bayangkan kalau Tengku Azreal pergi meninggalkannya. Tentu dia akan dahagakan kasih sayang lelaki itu.
“Sayang, kenapa ni?” Tanya Tengku Azreal. Dia pelik melihat isterinya termenung sahaja apabila mereka sampai ke restaurant ini
“Tak adalah. Mia berdoa supaya hubungan kita akan berkekalan hingga akhir hayat kita. Mia harap hubungan kita tak ada rintangan apa-apa.” Ujarku tanpa malu-malu lagi.
“Amin.” Sambungnya. “Sayang ni bila nak panggil abang ni ‘abang’. Asyik dok panggil awak jer.” Protes nya. Memang Mia nak panggil suaminya abang tetapi dia berasa kekok untuk memulakan dahulu.
“Nak panggil lah ni.” Ujar mia sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Mereka berada di Paris selama seminggu. Selepas itu mereka  pergi ke itali pula. Mereka jelajah ke utara Itali. Mereka memilih Bandar Verona sebagai lokasi percutian.
Mia difahamkan karya cinta agung William Shakespeare iaitu Romeo dan Julie diilhamkan di Verona yang terletak di bahagian utara Itali ini. Verona merupakan antara bandar yang tersenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO disebabkan struktur bangunan dan seni binanya yang teristimewa.
Mereka ke Verona menaiki kereta api dan berhenti di stesen Verona Porta Nuova. Perjalanan ini mengambil masa hampir satu setengah jam. Walaupun agak lama Mia tidak berasa jemu kerana dia dapat menatap pemandangan sepanjang perjalanan itu dan berborak dengan Tengku Azreal tambahan pula keadaan kereta api sangat selesa dan mempunyai kemudahan lengkap.
Apabila sampai di bandar  Verona Mia mendapati bandar Verona itu tidak sesesak kota-kota tumpuan lain seperti Rome dan Venice. Akan tetapi masih ramai pengunjung datang ke sini kerana tarikan ketenangan yang ada padanya.
“Sayang suka?” tanya Tengku Azreal. Sambil memegang jari jemari milik Mia.
“Suka sangat. Thanks sangat-sangat.”Ujar Mia. Dia seperti mahu menangis di situ. Tetapi dia menahan daripada megalir.
“Hei, kenapa nangis ni?” Tengku Azreal dapat menangkap perubahan wajah isterinya itu.
“Mia happy sangat. Mia tak sangka abang sanggup buat semua ini untuk Mia. Mia bersyukur sangat.” Jujur Mia. Lalu Tengku Azrel mengucup dahi kesekian kalinya. Mia berasa selesa sangat.
Mereka menuju ke hotel untuk mereka berehat kerana keletihan yang teramat sangat akibat perjalanan mereka ke sini. Mia tidur di dalam pelukan suaminya yang tercinta. Sesungguhnya dia jodohku Kau tolonglah kekalkan dia milikku Ya Allah.
Keesokannya pulak mereka melawat ke rumah Julie yang sering disebut-sebut terutamanya ruang balkoninya. Di sinilah, memori atau kenangan manis yang menjadi bibit cinta antara Romeo dan Julie.
Bangunan  yang dbina abad ke-13 ini dijaga dengan baik. Dikatakan juga rumah Romeo terletak berhampiran dengan rumah Julie. Pada dinding rumah Julie, banyak  nota-nota cinta yang ditampalkan di situ. Ia memberi gambaran mengenai kehangatan cinta pasangan tersebut yang mahukan percikan keintiman cinta Romeo dan Julie.
Mia melihat ramai pengunjung menampalkan nota cinta dengan menggunakan gula-gula getah. Mia dan Tengku Azreal turut melakukan yang sama untuk mengatakan cinta mereka seindah Romeo dan Julie. Di luar rumah Julie diletakkan patung wanita Julie separuh bogel dan mengikut kepercayaan mereka, sesiapa yang memegang payudara sebelah kanan patung tersebut bakal mendapat cinta. Tetapi Mia tidak percaya dengan semua itu. Jodoh, pertemuan dan percintaan di tangan Tuhan. Kita manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.
Di sini, Mia dapat lihat gelagat ramai yang sanggup beratur panjang menunggu giliran untuk bergambar bersama patung tersebut.  Bagi peminat karya agung ini, melawat ke rumah Julie adalah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.
Selain dapat mendalami keutuhan cinta dua lagenda tersebut, ada juga yang percaya lokasi ini memberi impak positif kepada hubungan yang terjalin terutama bagi pasangan bercinta mahupun yang sudah berkahwin. Ya, harap-harap begitulah. Ujar Mia di dalam hati.
Mereka juga melawat ke Istana Castello Vecchio ia menyerlahkan identiti Zaman Pertengahan Verona. Mereka turut berkunjung ke Arena Of Verona. Inilah tempatnya suatu ketika dahulu dimana gladiator dari Verona akan bertarung dengan haiwan liar. Kini, Arena Of Verona digunakan sebagai pertunjukkan apera mahupun konsert konsert antarabangsa.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxx
 Mia berasa sangat gembira. Setelah melawat tempat-tempat menarik di Verona mereka pulang ke hotel tempat penginapan mereka. Mereka berpimpin tangan menuju ke bilik hotel. Mia hanya tersenyum apabila terkenang semasa berada di Paris dan di sini dan Mia meneruskan langkahnya. Setibanya di pintu bilik Tengku Azreal meyeluk poketnya dan mengeluarkan kad berwarna putih dan meletakkan di ruang kecil yang sedia ada di daun pintu. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Mia terus membuka sweaternya. Cuaca di dalam bilik ini lebih panas daripada cuaca di luar sana. Mia membuka almari bajunya untuk menggantung bajunya tetapi apabila dibuka almari pakaian itu ada sebuah kotak baldu kecil jatuh ke lantai bersama sekeping kad. Pantas Mia mengambil kotak baldu itu dan membuka kotak itu alangkah terperanjatnya apabila melihat sebentuk cincin bertahta berlian. Mia terus membaca kad itu.

Sayang terima kasih kerana sudi menjadi pendamping abang.
Terima kasih kerana sudi menjadi isteri terbaik kepada abang.
Terima kasih kerana membahagiakan abang selama ini.
Terima kasih kerana sanggup menjaga abang selama ini.
Abang bersyukur sangat kerana mencintai orang yang juga mencintai abang.
Thanks sayang.
Mia I love you, I really love you. Abang cintakan Mia sampai akhir hayat abang.

Kata-kata ini membuatkan Mia terharu. Sungguh dia tidak menyangka lelaki itu bagitu baik kepadanya. Mia dapat merasakan yang jalinan cinta mereka semakin hari semakin kukuh. Ya Allah, terima kasih kerana kau telah memberi kepada ku suami sebaiknya. Akan ku jaganya dengan penuh kasih sayang. Air matanya mula mengalir di pipi gebunya.
Dia merasakan pinggangnya dirangkul seseorang pantas dia memandang ke sisi dan dia melihat suaminya sedang tersenyum manis kepadanya sambil melihat anak matanya itu. Pantas Tengku Azreal menarik tangan Mia dan dibawa ke katil lalu dia merebahkan Mia di atas katil. Tengku Azreal mengambil kotak tersebut lalu dia menyarungkan cincin tersebut kepada jari manis Mia. Lagi sekali Mia menitiskan air mata. Dia begitu terharu dengan sikap suaminya itu yang penyayang dan romantic itu.
“I love you sayang.” Ujar Tengku Azreal lalu dikucupnya lembut dahi isterinya itu. Dia mengelap sisa air mata yang masih ada di pipi isterinya itu.
“I love u to abang. Thanks for all of this. Mia terharu sangat sebab abang menghargai cinta kita.” Mia pantas bangun dari pembaringannya lalu dia memeluk suaminya itu. Dia betul-betul mencintai lelaki ini. Sebuah kucupan diberikan di pipi Tengku Azreal dan membuatkan lelaki ini terkejut dan tersenyum lebar. Mereka tengelam di dalam asmara. Hari itu sangat istimewa buat mereka. Takkan mereka lupa saat ini semua.


XxxxxxxxxxxxxX
SETAHUN kemudian.
Mia telah mengandung Sembilan bulan. Dia bersyukur sangat kerana dapat melahirkan zuriat dia dengan suaminya yang tercinta iaitu Tengku Azreal. Syamin dan Zikri telah menjadi suami isteri. Mak, ayah, mama dan papa mentuanya Berjaya membuat umrah dan pergi ke tanah suci. Hubungan  Mia dengan Tengku Azreal semakin romantik. Semenjak dia mengandung anak mereka, suaminya selalu pulang lebih awal dari kerja. Suaminya selalu menjaga kesihatannya. Suaminya juga tidak membenarkannya membuat kerja rumah. Walaupun Mia memprotes soal itu tetapi Mia begitu bahagia kerana Tengku Azreal menjaganya dengan penuh kasih sayang.
“Sayang, terima kasih kerana mengandungkan zuriat untuk abang.” Lalu dikucupnya dahi isterinya itu.
“Sama-sama.” Tiba-tiba perutnya rasa memulas dan dia ingat cuma senak perut sahaja. Tetapi semakin sakit dibuatnya. “Abang…. Baby kita abang.” Kata Mia sambil memegang tangan suaminya itu.
“Kenapa dengan baby kita? Nak bersalin dah ker?” Kata Tengku Azreal kelam kabut.
“Yer la kot. Cepat lah abang ayang dah tak tahan dah ni. Abang….” Kata Mia yang separuh menjerit.
Pantas Tengku Azreal mendukung isterinya lalu menuju ke tingkat bawah dan mengambil kunci keretanya. Tengku Azreal membawa keretanya laju selaju yang mungkin. Dalam sakit sempat juga Mia memarahi suaminya itu. Mereka pun sampai ke hospital bersalin. Sebelum masuk ke bilik bersalin “Mia nak minta maaf kat abang kalau Mia ada buat salah kat abang. Tolong maafkan Mia yer.” Mia ingin meminta maaf kepada suaminya kerana orang tua-tua cakap kalau ada buat salah dengan suami masa nak bersalin tu cepat-cepat minta maaf supaya senang nak melahirkan anak nanti.
“Sayang tak buat salah apa pun. Kalau ada abang maafkan.” Tutur tengku Azreal sambil mengucup kedua belah pipi isterinya.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tepat pukul tiga pagi tadi Mia telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel bernama Tengku Azeem Izwan dengan normal. Sakitnya melahirkan tidak dapat Mia memberitahu dengan kata-kata tetapi rasa sakit itu hilang melihat bayi yang dia lahirkan itu. Suaminya yang bersengkang mata menemani dia di bilik bersalin menambahkan lagi kekuatan yang ada. Air mata kegembiraan dan kesyukuran mengalir laju letika suaminya mengazankan bayi mereka itu.
Mak, ayah, mama, papa berkejar ke hospital apabila mendapat tahu bahawa Mia telah bersalin.  Mia tersenyum gembira melihat ibu bapanya dan mama dan papa mentuanya yang sedang melihat bayiku. Suaminya pula masih menggenggam erat jari jemarinya itu dan mengusap kepalanya sambil melihat ibi bapa kami.
Zikri dan Syamin turut datang melawat Mia dan anaknya itu. Mereka seronok melayan anak mereka itu.  Waktu itu Mia merasakan dunia dia yang punya. Dia gembira sangat dan bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia.
‘Ya Allah, kau tolonglah kekalkan rumah tangga kami Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku.’ Desis Mia di dalam hati.

                                                                                                                                                                                                                                                                                TAMAT

tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^

Pidato Bahasa Melayu

Cetusan barakah buat peneraju acara,Saf kehakiman intelektual berkarisma,Sidang hadirin warga dewan berwibawa..Assalamualaikum w.b.t. dan salam karisma...Hari ini, pertandingan ini bukanlah pertandingan akademi piala fantasia, maka sayabukanlah Mawi ataupun Faizal, tetapi pelajar akademi Institut Pendidikan Guru Malaysia.


"Remaja Berwawasan Aspirasi Negara", begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di biibir saya. Namun, sebelum ledakan hujah menghujani sesisi dewan, mohon izin untuk melakukan dua bentuk pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal mahupun secara leksikal. Remaja, menurut kamus dewan edisi keempat yang merujuk kepada seseorang yang sudah akhil baligh. Sementara itu, berwawasan pula merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi merupakan suatu bentuk keinginan dan Negara merujuk kepada Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip suatu masyarakat yang menduduki suatu kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara generalisasinya, remaja masa kini yang bakal menerajui Negara pada masa akan datang dengan cirri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan visi Negara untuk menjadi Negara maju selaras dalam wawasan 2020.

Sidang saksi yang bervisi,

Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata “Remaja berintelek, penjana wawasan Negara”. Hari ini, kita melihat, kebijaksanan dan ilmu merupakan perencah untuk mencapai matlamat Negara. Kita perlu sedar, kita memerlukan resepi kepintaran yang wujud di dalam diri remaja untuk menjadi acuan ke arah Negara maju. Hari ini, bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah berpuing-puing dalam pusaran Negara . Lihat sahaja kepintaran semula jadi adik Nik Nur Madhiah dan adik Azli Azali yang membentangkan hasilan usaha yang mereka cipta. Mereka ini bakal menjadi asset terpenting Negara dalam usaha mengejar impian. Lihat sahaja keutuhan pemimpin kita yang begitu gigih menjulang sebelum diangkat menjadi pemimpin Negara. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad “jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang”.

Sidang dewan yang dikasihi sekalian,

“Remaja berkaliber, peneraju pemimpin Negara”, menjadi kata kunci saya yang kedua. Tokoh-tokoh besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Uthaman bin Affan, Usamah bin Zaid, Umar bin Abd Aziz, Uqbah bin Nafi’ dan Qutaibah al-Baakhily adalah sebahagian generasi remaja islam yang memiliki semangat kepimpinan yang tinggi. Tidak hanya berhenti disitu, semangat kepimpinan dan kegagahan ruh perjuangan, terus meresap ke dalam diri Salahuddin Al-Ayubi dalam mempertahankan Negara walaupun usia baru setampuk jagung. Kaliber dan karisma kepimpinan terus mencetuskan kegemilangan apabila konstantinopel Berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh semasa usianya masih 20-an. Sedarilah, sekiranya remaja mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi, Negara pun turut menjadi lebih bervisi.

Sidang dewan yang penuh santun,

Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci “Kekuatan fizikal dan mantel remaja, menjana Negara maju”. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya tidak disepadukan dengan kesihatan fizikal dan mental remaja. Pada era globalisasi yang penuh kompetitif ini, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja agar dapat “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan remaja di Negara maju. Oleh itu, sememangnya remaja yang meyatupadukan kekuatan ini terus menaikkan nama Negara di seantero dunia. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan Negara yang akhirnya dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Kekuatan fizikal dan kekukuhan mantel yang dimiliki oleh ratu syuasy dunia, Datuk Nicol ann David, mampu menghambat pihak lawan yang dihadapinya. Datuk Lee Chong Wei mampu tersenyum dalam stretegik dan kekuatan pergelangan tangannya, Azizul Awang hasni yang melakukan kayuhan emas dalam acara pecut dan keirin, terjunan akrobatik penuh bergaya Pandalila Riong yang membuka mata masyarakat dunia merupakan contoh nyata yang menunjukkan kekuatan fizikal dan mantel adalah suatu perkara yang signifikan.

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

“Ketahanan rohaniah remaja, menjana pembangunan Negara”, menjadi kata kunci saya yang keempat. Tidak dapat dinafikan, ramai remaja yang tersungkur kerana ilmu di dada masih tidak disepadukan dengan iman yang hakiki. Oleh itu, menyedari hakikat pentingnya iman dan ketahanan rohaniah, maka, kerajaan dengan sokongan pelbagai agensi yang lain telah mengadakan program dan kem penghayatan islamiah untuk memantapkan iman golongan remaja. Tidak cukup dengan itu, maka, wujudlah rancangan imam muda yang menjadi fenomena yang menilai kefahaman ilmu dan iman dalam meniti kehidupan. Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai formulanya sendiri dalam mempertahankan syiar islam iaitu menjadikan iman yang dipandu oleh Al-Quran dan Assunnah sebagai wadah pemerintahan Negara. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa iman yang terdapat dalam diri remaja mampu menerbitkan seorang remaja yang berwawasan.

Hadirin yang penuh santun,

Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara. Namun kita perlu sedar, gaya hidup remaja yang tidak sihat dan diliputi dengan cara hidup hidonisme boleh membantutkan pembangunan insaniah remaja. Oleh itu, pelbagai gelaran yang tercipta seperti “Mat Rempit”, “Mat Gian”, “Samseng Jalanan”, “bosiah”, “bohjan”, “kaki lepak” perlu dihapuskan. Hal ini demikian kerana, ianya akan memberi gambaran buruk terhahap masa hadapan Negara dan umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia mengharumkan nama Negara.

Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w

tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^