Friday 27 January 2012

Cerpen : Cinta Kita Bersatu Lagi


 “Ellisa bangunlah.kata nak temankan mama pergi shopping. Mama tak dak kawan lah nak ajak. Please…. Takkan dengan mama pun nak berkira. Bukan Lisa yang buat keluar duit pun. Mama jugak kan. Just teman mama jer ya?” pujuk Puan Rosmah. Anaknya yang seorang ini memang liat untuk diajak shopping walaupun diumpan dengan pelbagai cara. Dengan duit, makanan, holiday semua tak jadi kecuali ke pesta nyanyian sudah pasti anaknya ingin ikut. Sejak kecil Ellisa suka dengan dunia muzik ini. Dirumah mereka mempunyai satu studio khas untuk anaknya. Studio itu tidak sesiapa yang boleh masuk kecuali kawan anaknya yang terlibat dengan Ellisa.
“Bila pulak Lisa kata nak ikut mama pergi shopping? Semalam Lisa ingat Lisa kata kalau mama paksa jugak Lisa ikut mama Lisa akan lari ikut tingkap bilik nanti.” Balas Lisa sambil menonton tv cerita ‘Marry me mary’. Cerita korea kegemarannya.
“Lisa nie kenapa susah sangat nak dengar cakap mama. Kalau Lisa ikut mama, mama akan bagi guitar edisi terbaru di atas Pavillion tu nanti. Mama janji.” Pujuk Puan Rosmah lagi.
“You’re not kidding right now? Are you sure you want to buy me guitar..” Lisa seperti orang yang kena pukau lalu dia terus menuju ke mamanya lalu dipegangnya bahu mama nya. “Mama tak bohong kan?” tanya Ellisa.
“Tak lah. Nak ke tak nak nie.” Tanya Puan Rosmah sambil tersenyum lebar. Dia berasa puas hati apabila anaknya itu sudah termakan pujuknya itu.
“Okey, mama tunggu jap kat sini, Lisa pergi tukar baju dulu.” Pantas Ellisa berlari kearah tangga lalu masuk kebiliknya.
Puan Rosmah hanya menggeleng kepala melihat kerenah anaknya itu. selalu membuatkan orang tertawa. Dia sungguh bertuah kerana mendapatkan anak seperti Ellisa.

Xxxxxxxxxxxxx
“Lisa pergi lah dulu ngan Aiman ke kedai tu. Mama ada hal nak bincang dengan kawan mama sekejap. Mama dah kata nak jumpa dia kat spa dia nie. Nah ambik kad kredit nie. Jangan dok melencong ke lain pulak dengan kad kredit nie.” Puan Rosmah memberikan kepada anaknya itu. lalu dia terus masuk ke dalam spa milik kawannya itu.
“Jom abang Aiman kita pergi enjoy.” Ellisa menarik tangan Aiman untuk ke kedai alat muzik itu.
ELLISA berada di situ selama sejam untuk memilih guitar yang sesuai dan tahan. Dia lebih suka memilih alat muzik dengan abangnya iaitu Aiman kerana lelaki itu selalu memberi pendapat dan dia seorang yang sporting.
“Abang Aiman jom kita makan. Laparlah. Mama tu mesti lama lagi kat sana tu. Jomlah.” Perut Ellisa sudah berasa lapar kerana dia tidak mengambil sebarang makanan untuk dimakan sejak tadi.
“Hemphh… Lisa nak makan dekat mana?” tanya Aiman.
“KFC. Lama dah tak makan sebab sibuk dengan assignment lah muzik lah.” Ujar Ellisa sambil melangkah ke medan selera. Di situ dia memesan dinner plate 2 dan coke 2. Lalu mereka terus menuju ke meja.
“Ellisa kalau abang nak tanya Lisa sikit boleh tak?” Ellisa yang tengah menyuapkan isi ayam ke mulutnya berhenti lalu dia melihat insan di depannya.
“Bila masa pulak nak tanya Lisa kena tanya pulak nie? Tanya lah.” Lalu dia meyuapkan kembali isi ayam ke dalam mulutnya. Ellisa pantas mengambil air coke di atas meja untuk diminum.
“Ellisa tau tak yang Melina dah balik?”
Huk! Huk! Huk! Air yang diminum tadi sudah terkeluar akibat tersedak. ‘Melina dah balik? Tak! Kenapa dia balik sini balik! Kenapa dia tak pergi mampus jer dengan boyfriend dia tu a.k.a. my ex-boyfriend. Jahanam punya perempuan.’ Desis Ellisa di dalam hati.
“Lisa okey tak nie.” Aiman menyuakan tisu ke Ellisa pantas Ellisa mengambil tisu itu untuk membersihkan mulutnya yang terkena percikan air tadi lalu dia lap meja yang dipenuhi dengan air coke yang tersembur keluar tadi. Nasib baik tak kena abang Aiman kalau tak malu siottt.,….
“Macam mana abang Aiman tahu yang Melina balik Malaysia? Kenapa tak duduk jerk kat sana tu. Diakan perangai macam orang putih. Buat apa balik Malaysia? Duduk jer sana dengan boyfriend dia tu. Ni mesti ada perkara yang dia tak boleh selesaikan kat sana and balik ke Malaysia sebab nak mintak mama tolong dia. Hampeh punya pompuan plastik nie.” Muka yang tadinya terkejut kini bertukar menjadi serius seriusnya. Kalau boleh dia nak jumpa jugak minah tu. Tapi dia tidak tahu di mana perempuan tu sekarang duduk.
“Abang Aiman bolehh….” Belum sempat Ellisa bercakap ada suara mamanya memotong katanya itu.
“Ellisa cuba teka siapa yang mama bawakkan nie” kata mamanya itu. Pantas Ellisa mengalihkan tubuhnya untuk melihat orang yang dimaksudkan mamanya itu. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Melina berada di tepi mamanya. Tanpa membuang masa Ellisa cepat mengambil guitarnya yang baru di beli tadi dan terus pergi dari situ. Kedengaran mamanya memanggil namanya tetapi dia cepat-cepat pergi dari situ supaya dia tidak pengsan akibat tengok muka plastik Melina itu.

Xxxxxxxxxxxxxxxx
“Ellisa boleh tak tolong bagi bilik nie kat Melina? Takkan dia nak tidur kat bilik tetamu pulak?” pinta Puan Rosmah kepada Ellisa.
“Tak boleh. Mama, memang dia kena tidur dekat BILIK TETAMU kan? Dia kan TETAMU kat sini. So dok jer lah kat BILIK TETAMU tu. TETAMU buat lah cara tetamu Jangan dok perasan lawa pulak nak jadi bilik Ellisa bilik dia. Kalau nak bilik sendiri, blah dari sini dan pergi cari rumah lain kat luar sana. Berlambak lagi rumah kat luar sana.” Sengaja Ellisa menguatkan sedikit suara dia supaya perempuan plastik tu sedar diri  sikit.
“Lisa jangan lah cakap kuat-kuat. Nanti Melina dengar, kecik hati dia.” Puan Rosmah separuh berbisik kepada Ellisa. ‘Eleh! Sikit-sikit perempuan plastik. Benci betul lah aku dengan perempuan perangai bangla tu.’ Marah Ellisa di dalam hati.
“Biarlah dia dengar, biar dia sedar yang dia tu balik ke Malaysia hanya buat semua orang dapat bala sebab dia and I want said I don’t like her lives at here. And if you still do not want to compromise with me. I will go from this house and I never give my room and my things to her. Never.” Tegas Ellisa.
“Apa yang Lisa merepek nie. Tolong jangan buat mama bengang sekarang nie boleh tak? And if u get out from this house you are not my daughter again. So, what your choice.” Soal Puan Rosmah sambil memandang sepasang anak mata Ellisa.
“Okey. Lisa mengalah sebab Lisa hormatkan mama as orang tua Lisa. But lisa takkan bagi bilik ni dekat dia and dia jugak tak boleh masuk ke studio Lisa. Dia juga tak boleh usik barang Lisa and guna barang Lisa tanpa kebenaran Lisa. Kalau dia nak duduk kat rumah nie, dia terpaksa tidur kat biklik tetamu kat bawah. Kalau dia takut jugak nak tidur suruh dia blah.” Ujar Ellisa lalu masuk ke dalam bilik dia. dia menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia masih ingat kenapa dia benci kepada Melina.
Perempuan itulah yang membuatkan hati nya lara selama 3 tahun. Dialah yang membuatkan Ellisa trauma untuk bercinta lagi. Dialah yang membuatkan Shah tinggalkannya apabila dia difitnah oleh Melina kerana berlaku curang di belakang Shah. Hampir-hampir Ellisa dilanggar oleh kereta apabila dia mengejar Shah yang berlalu dengan Melina untuk melintas jalan tapi mujurlah abang Aiman ada membantu nya  selama 3 tahun, abang Aimanlah yang menemaninya.
xxxxxxxxxxxxxxxx

Melina yang ada di ruang tamu sudah seperti cacing yang kepanasan kerana segala butir bicara Ellisa sebentar tadi masih kedengaran di telinganya. Melina sudah duduk di sofa kembali apabila dia melihat Puan Rosmah turun dari tingkat atas.
“Maaf lah Mel. Untie dah tak boleh nak pujuk Lisa tu. Mel bukan tak tahu kan yang Lisa tu keras kepala sikit. Buat masa sekarang ni Mel kenalah tidur kat bilik tetamu tu dulu. Kalau bilik kosong pun ada kat tingkat tiga. Tu pun habuk. Kena kemas dulu. Boleh yer?” ujar Puan Rosmah.
“Mel.. Mel okey jer untie…” Melina hanya menganguk.


Kini sudah sebulan Melina duduk di rumah Ellisa. Selama itulah kasih sayang mamanya sudah pudar. Puan Rosmah lebih mementingkan Melina dari Ellisa. Puan Rosmah sudah tidak dapat mengenal yang mana satu anak kandungnya. Eliisa hanya diam sahaja. Malas hendak bergaul dengan perempuan plastic.
Kring! Kring! Ellisa tersedar dari lamunannya. Di melangkah kaki ke telefon rumah yang berada di ruang tamu.
“Hello!” jawap Ellisa malas.
“Hello girl.” Sapa seorang lelaki. ‘Aik? Sapa pulak ni? Main-main plak… dah lah cakap macam pelek orang putih.’ Ngomel Ellisa.
“Hello! Anybody at there?” tanya lelaki itu tadi.
“Sorry sir. Who are you?” tanya Ellisa.
“Woi! It’s me. Syakir. Tak kenal aku ker? “
“Lah… Kau ker aku ingat jebon mana tadi… cakap berbelit-belit sangat. Kau nak apa jebon? Kau tak ada kuliah ker?”
“Amboiii sedap nyer kau bahasa kan aku jebon. Kau kena ingat tau aku tua pada kau 3 tahun tau…”
“Eleh! 3 tahun pun nak heboh. Kot lah 11 tahun ker tak apalah jugak. Nee.. kau tak ada kuliah ker yang kau dok tepon sini ni..?” tanya Ellisa.
“Kau ni… aku tak ada kuliah lah yang aku boleh tepon ni. Lagi satu kau dah lupa ker yang aku dah habis dah belajar?” soal Syakir.
“Ya ker… bila kau nak balik sini?” tanya Ellisa teruja.
“Aku dah balik pun. Sebab tu aku call kau. Aku nak suruh kau ambil aku kat airport jap.” Pinta Syakir.
“Aikk? Mana awek kau yang berlambak tu? Tak kan dah habis dah kot? Setahu aku dalam simpanan kau pun aku rasa satu bangunan KLCC.”
“Semua dah expired dah…  tak larat lah aku nak layan diorang tu. Semakin hari semakin naik tocang macam ekor kuda.”
“Ha..ha..ha.. pandai pulak kau nak rasa meluat plak. Nee.. kau nak suruh aku ambik tak? Atau kau nak suruh untie kesayangan kau tu ambik kau sekarang dengan betina pastik tu.”
“Betina plastik? Siapa dia tu? Tak pernah dengar pulak nama tu sebelum ni.” Tanya Saykir pelik.
“Alah kau tak tahu ker betina yang buat aku sakit hati 3 tahun dulu tu? Dia tulah POMPUAN PLASTIK dari INDIA MARI. Meluat betul aku tahu tak. Dah lah duduk rumah orang lepas tu boleh duduk senang lenang pulak kat rumah kita ni. Kot lah nak cuci pinggan ker bancuh air seteko ker. Ni tak goyang kaki jer tahu.” Ellisa saja bercakap kuat apabila dia melihat Melina sedang berjalan hendak menuju kedapur. Melina hanya memasang telinga sahaja.
‘Tak apa kau Lisa. Hari ni hari kau esok lusa hari aku pulak. Kau akan menyesal Ellisa. Ha… ha..ha…’ bisik hati Melina.
“Oh ya. Aku siap-siap dulu. Kau tunggu kat situ jap yerr… kalau aku tengok kau dah tak ada kat situ aku bunuh kau hidup-hidup.” Ujar Ellisa.
“Yer.., yer…”
“Key lah. Bye.”
“Bye”


“Ish. Mana Syakir ni? Kata nak tunggu kat sini tak ada pun… ish…” Rungut Ellisa.
Syakir yang berada di belakang Ellisa hanya tersenyum. “Erm… erm…  Lama tunggu?”
Ellisa menoleh kebelakang. “Banyak punya cantik. Kau ke mana ha? Kata nak tunggu kat sini.”
“Eleh! Baru jer sampai dah nak marah. Kau tak dengar ke yang aku panggil kau tadi? punya kuat aku panggil kau tapi kau buat dek jer erk.” Ujar Syakir pulak.
“He..he..he.. Kau jangan lah marah nanti tak ada pulak awek yang nak kat kau nanti.”
“Dah. Jom balik. Dah naik lenguh aku tunggu kau datang ambil aku. Dah lapar aku dibuatnya.”
“Yer lah tu. Umi kau tahu tak yang kau balik?” soal Ellisa.
“Tahu. Kenapa?” Tanya Syakir balik.
“Jom kita pergi rumah kau. Lama dah aku tak jumpa dengan Umi Ngah.”
“Kenapa pulak kau nak balik rumah aku pulak? Ni mesti pasal Mel kan?” Teka Syakir. Dia sudah masak sangat dengan perangai Ellisa. Sejak kecil Ellisa tidak suka berkawan dengan Melina.
“Yer la siapa lagi yang suka buat aku sakit hati. Kau tahu tak masa aku datang nak ambik kau pompuan plastik tu asyik dok tanya aku jer. Syakir dah balik ke? Sampai hati dia tak call aku dulu. Dia sekarang ada dekat mana? Balik dengan siapa? Lepastu boleh dia pujuk mama nak ikut aku sekali. Aku apa lagi blah terus lah dari situ. Rimas kau tahu tak?”
“Sampai macam tu sekali dia tanya? Eeiii geli geleman aku dengar. Dah la jom balik.”
“Jom.”


“Assalamualaikum. Mak ngah ooo… Mak Ngah. Ellisa datang ni.” Jerit Ellisa di luar pintu rumah.
“Ish, kau ni. Macam lah kau yang balik dari oversea yang kau nak menjerit jerit macam tu. Aku yang dok kat sana 4 tahun pun tak macam kau.” marah Syakir. Telinganya sudah berdesing akibat teriakan Ellisa sebentar tadi.
“Alah kau ni. Aku rindu sangat lah ngan Umi kau tu. Aku pun dah lama tak datang rumah ni. Rindu kau tahu tak! Rindu!” Ellisa mengetuk kepala Syakir.
“Eh, kau dari dulu asyik-asyik ketuk kepala aku jer erk? Kau tak ada kerja lain ker ha?” Syakir  mula memegang kepalanya yang diketuk sebentar tadi.
Ellisa menjelir lidahnya kepada Syakir. “Biar lah kat aku.  Syok tahu tak ke…”
Belum sempat Ellisa meneruskan percakapannya Puan Rozita sudah memotong. “Ish! Apa korang ni ha? Bergaduh jer tahu. Tak malu ker jiran tengok?” marah Puan Rozita.
“Tak malu pun.” Jawap Ellisa dan Syakir serentak.
“Ada-ada jer korang ni. Dah masuk.” Arah Puan Rozita.
“Baik bos.” Ellisa dan Syakir terus masuk ke dalam rumah. Puan Rozita hanya menggeleng kepalanya. Dia sudah masak dengan perangai anak-anaknya itu. dia sudah menganggap Ellisa sebagai anaknya sendiri.


“Assalamualaikum, papa. Seronok pergi jogging petang-petang?” Ellisa memeluk papanya. Dia lebih rapat dengan papanya. Sehingga ada yang mengatakan dia isteri muda ayahnya. He.. he.. he..
“Waalaikummussalam. Mesti lah seronok sebab nanti badan sihat. Bukan macam anak papa ni asyik dok landing jer atas katil. Bila masa lah nak sihat.” Ellisa sudah menarik muncung.
“Alah papa. Papa mana tahu. Ellisa tiap-tiap pagi jogging tau. Papa masa tu tengah tidur lagi.”
“Yer la tu. Setakat jogging kat dalam rumah buat apa. Ni ha, Lisa pergi mana tadi?” Tanya Encik Fuad.
“Tadi Lisa pergi ambik Syak kat airport. Lepastu terus pergi rumah Umi Ngah.” Jelas Ellisa. Dari jauh dia sudah lihat kelibat mama dan Melina menapak keluar dari pintu rumah. Ellisa hanya memandang dia tidak berniat untuk menegur mama dan Melina.
“Syakir dah balik rupanya. Tak ada siapa pun yang nak kasi tahu papa.” Encin Fuad pura-pura merajuk.
“Alah papa jangan lah merajuk nanti kita pergi lah rumah Umi Ngah. Ayah Ngah pun ada tanya khabar papa. Kesian diorang. Lama dah mama papa tak pergi rumah diorang. Sejak ada orang tu dah lupa dengan adik beradik sendiri.” Ellisa saja ingin menaikkan emosi Melina. Biar dia tahu dia berhadapan dengan siapa.
“Nak buat macam mana. Papa dah ajak dah orang tu tapi dia kata dia sibuk nak apa tah shopping apa ke benda papa pun tak tahu. Kalau dulu orang tu nak pergi mana-mana dengan papa sekali dia angkut, ni papa ngan Lisa plak yang kena tinggal.” ‘Bagus papa. Tak sia-sia Lisa ada papa. He..he..he..’ ujar Ellisa di dalam hati.
“Amboi! Mengata sakan nampak. Kalau papa teringin sangat nak pergi malam nanti kita pergi rumah diorang tu. Mama pun dah lama rancang nak pergi rumah Ngah.” Ujar Puan Rosmah ingin membela dirinya.
“Ye la tu ma. Tadi mama kata mama dah lama berhajat nak ke sana kan? Lisa tahu kenapa mama sampai sekarang tak pergi lagi. Sebab ada orang tu dok hasut supaya tak payah pergi lagi. Kita pergi shopping dulu. Kita tunggu Syakir balik baru kita pergi. Betul tak ma. Ma ada tak rasa macam ada orang tengah bisik dekat mama sekarang ni?” Ujar Ellisa. ‘Padan dengan muka kau Mel. Walau apa pun  terjadi aku nak kau blah dari kehidupan aku.’
“Lisa! Kenapa cakap macam tu? Tak sopan tahu tak. Memang mama sibuk pun. Kamu tu jangan tuduh Mel macam tu kesian dia tau.” Puan Rosmah menuangkan air ke dalam cawan.
“Ala.. Mel bukannya budak kecik lagi dah pandai pun berdikari. Kan Mel kan?” soal Ellisa kepada Melina.
“A.. a.. aya… Mel bukannya budak kecik lagi pun Untie. Oh ya, untie nak pergi rumah Mak Ngah bila ye?” tanya Mel.
 ‘Tu mesti tak sabar-sabar nak jumpa dengan Syakir. Dasar pompuan plastik. Kau jangan ingat kau pergi sana kau boleh cakap dengan Syakir. Aku akan pastikan 99.99% kau tak boleh cakap dengan dia.’ desis Ellisa di dalam hati.
“Lepas maghrib kot.” Jawap Puan Rosmah.
“Dah la Lisa nak masuk dulu. Nak mandi. Kat luar ni panas sangat. Tak boleh nak duduk.” Ujar Ellisa lalu dia bangkit dari kerusi yang didudukinya.
“Eh! Kenapa panas pulak. Kan dekat sini dah ada kipas. Bukannya tengah hari pun nak panas.” Melina membuat muka pelik.
 ‘Memang lah tak panas ngok. Aku panas kat dalam. Aku panas hati tengok kau pompuan oii.’ Marah Ellisa di dalam hati.
“Memang lah tak panas kat sini. Tapi aku panas kat dalam. Tahu tak. Aku nak masuk dalam ambil ketenangan jiwa. Bye.” Pamit Ellisa.


“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam. Eh, Ros. Ingat ke siapa tadi. Masuklah.” Pelawa Puan Rozita.
“Umi Ngah, Syakir kat mana?” soal Ellisa. Dia ingin mengatakan sesuatu kepada Syakir mengenai rancangannya itu.
“Tak salah Umi lah kan, dia ada kat bilik bacaan kot. Kamu pergilah tengok dia.” arah Puan Rozita. “Oh ya. Suruh dia turun sekali. Asyik terperap jer kat atas.” Arah Puan Rozita sekali lagi.
“Baik Umi Ngah. Lisa pergi tengok dulu ye.” Lalu Ellisa terus menapak ketingkat atas dimana bilik bacaan terletak.
Tuk! Tuk! Tuk! Ellisa menetuk pintu bilik tersebut lalu dia masuk kedalam bilik tersebut. “Syakir. Aku nak cakap sikit.”
Kelihatan Syakir kelihatan kelam kabut sedikit. Seperti menyorokkan sesuatu. “Eh, kau ni kenapa masuk tak bagi salam dulu. Tak pun ketuk lah sikit pintu dulu.” Marah Syakir.
“Amboi, aku dah ketuk tau pintu kau tu! Kau yang asyik mengelamun jer. Kau teringatkan awek kau erk?” Ellisa melabuhkan kerusi di depan meja tersebut.
“Kalau aku teringatkan awek aku kenapa?” balas Syakir.
“Iye ke? Siapa dia tu? Nak tengok gambar dia boleh?”Ujar Ellisa teruja.
“Kau tak payah tahu lah. Sebab kau pun kenal orang tu. Dekat dengan kau jer orang tu.”
“Kau jangan cakap yang kau falling in love dengan pompuan plastik tu. Eiiwww tak nak lah aku kalau pompuan tu.”
“Kau merepek apa ha? Aku pun tak nak lah. Minta-minta di jauhkan.  Kau nak cakap apa?” tanya Syakir.
“Aku Cuma nak cakap kau jangan lupa pasal rancangan kita tau. Kau jangan dok cakap dengan Mel. Kalau tak aku bunuh kau.”
“Yerlah.”


Kelihatan mulut Melina seperti mulut itik. Mahu tak begitu, sehingga sekarang dia tidak berpeluang bercakap dengan Syakir. Melina hanya bisa melihat Ellisa dan Syakir menerusi tingkap.
“Mel. Mel tengok apa tu? Kenapa muka monyok sangat ni?” Tanya Puan Rosmah.
“Alah macam untie tak tahu, muka Mel macam ni kenapa. Tu ha, Ellisa macam tak bagi jer Mel nak cakap dengan Syakir. Macam lah Syakir dia punya.” Rungut Melina. Dia ingin meminta simpati Puan Rosmah untuk membantunya Berbual dengan Syakir tanpa sebarang gangguan Ellisa.
“Alah sabar lah. Nanti untie cakap dengan Lisa. Budak tu kalau jumpa dengan Syakir berbual tak ingat dunia punya.”
“Untie, Mel rasa Mel dah jatuh cinta la dengan Syakir.” Beritahu Melina. Puan Rosmah terkejut dengan penyertaan tersebut.
“Are you kidding right now?” soal Puan Rosmah tidak percaya dengan penyataan tersebut.
“Yes I’m sure 100% untie. Untie boleh tak tolong Mel sikit.”
“Apa dia.”
Melina membisikkan sesuatu ketelinga Puan Rosmah. Puan Rosmah hanya senyum sahaja.
“Okey?”
“Okey.”


Kini sudah masuk sebulan Syakir harus temani Melina kemana sahaja. Syakir terpaksa mengikut arahan Mak Su nya itu sementara dia menunggu temu duganya pada minggu depan. Ellisa hanya diam sahaja. Dia sendiri tidak memahami perasaannya sekarang ini. Terlalu banyak perasaan sekarang ini. Geram, marah, sedih, benci semua ada. Tapi kenapa dia harus mempunyai perasaan sedih sedangkan Syakir bukannya sesiapa pun dalam hidupnya kecuali sepupu atau dia mempunyai perasaan sayang kepada Syakir.  ‘Ya Tuhan bantulah hambamu in Ya Allah. Aku rasa sakit sangat apabila Syakir dekat dengan Melina. Ya Allah adakah ini cinta.’ Ellisa berdoa di dalam hati.
Kedengaran  bunyi enjin kereta  di luar rumah. Ellisa bangun dari katilnya lalu dia menapak kearah tingkap. Dia melihat Syakir dan Melina keluar dari perut kereta pantas Ellisa keluar dari biliknya lalu dia menuju ke bilik  studionya. Dia mengambil sebuah guitar lalu  dia mula memainkan peranan jari jemarinya di tali guitar itu. Dia mula mengalunkan sebuah lagu.
I'm so glad you made time to see me 
How's life, tell me how's your family? 
I haven't seen them in a while 
You've been good, busier than ever 

We small talk, work, and the weather 
Your guard is up and I know why 
Because the last time you saw me 
It still burned in the back of your mind 
You gave me roses and I left them there to die 

So this is me swallowing my pride 
Standing in front of you 
Saying I'm sorry for that night 
And I go back to December all the time 

It turns out freedom aint nothing but missing you 
Wishing that I realized what I had when you were mine 
I go back to December, turn around and make it all right 
I go back to December all the time 

These days I haven't been sleeping 
Staying up playing back myself leaving 
When you birthday passed 
And I didn't call 

Then I think about summer, all the beautiful times 
I watched you laughing 
From the passenger side 
And I realized I loved you in the fall 

And then the cold came, the dark days 
When fear crept into my mind 
You gave me all your love 
And all I gave you was goodbye 

So this is me swallowing my pride 

Standing in front of you 
Saying I'm sorry for that night 
And I go back to December all the time 

It turns out freedom aint nothing but missing you 
Wishing that I realized what I had when you were mine 
I go back to December, turn around and change my own mind 
I go back to December all the time 

I miss your tan skin, your sweet smile 
So good to me, so right 
And how you held me in your arms 
That September night 

The first time you ever saw me cry 
Maybe this is wishful thinking 
Probably mindless dreaming 
But if we loved again I swear I'd love you right 

I'd go back in time and change it but I can't 
So if the chain is on your door, I understand 

But this is me swallowing my pride 
Standing in front of you 
Saying I'm sorry for that night 
And I go back to December 

It turns out freedom aint nothing but missing you 
Wishing that I realized what I had when you were mine 
I go back to December, turn around and make it all right 
I go back to December, turn around and change my own mind 
I go back to December all the time 

All the time... 
“Huhhh…” Ellisa melepaskan nafasnya. Dia dapat mengurangkan sedikit beban di kepalanya tadi. Ellisa meletakkan kembali guitarnya di tempat asal. Ellisa ingin keluar dari bilik itu tetapi langkahnya mati apabila dia melihat Syakir ada di muka pintu.
‘Bila pulak lah mamat ni ada kat sini. Aduh… Lisa, lisa. Yang kau lupa kunci pintu tadi tu kenapa. Malunya.’ Bisik Ellisa.
“Eh, sedap juga suara kau erk. Nyanyi lagi satu lagu aku nak dengar.” Pinta Syakir.
“Kau ada handphone tak?” tanya Ellisa.
“Ada.Kenapa?”
“Kau ada handphone kan so, kau dengar lah lagu dalam tu. Buat apa pulak aku nak susah-susah nak nyanyi kat kau. kau tu bukan sesiapa pun dalam hidup aku.” kedengaran suara Ellisa sedikit meninggi. Tidak biasa dia bersuara begitu di depan Syakir kecuali semasa mereka bergaduh waktu kanak-kanak. Pantas Ellisa keluar dari bilik itu. Dia berlari anak keluar dari rumahnya itu dan dia  terus berjalan menuju ke padang yang ada di kawasan perumahan mereka itu. Ellisa ingin mencari ketenangan buat masa itu.
Sedang enak dia melihat kanak-kanak bemain bola sepak ada seorang memegang bahunya. Ellisa mengalihkan tubuhnya untuk melihat orang tersebut. ‘Kenapa mamat ni ada kat sini pulak. Duduk jer lah kat rumah dengan Melina tu.’ Desis Ellisa apabila dia melihat Syakir yang memegang bahunya.
“Kenapa kau ikut aku?” tanya Ellisa kasar.
“Aku ada salah apa dengan kau?” tanya Syakir tiba-tiba.
“Salah apa? Aku tak faham.” Ellisa memusingkan kepalanya lalu dia menatap wajah Syakir.
“I mean. Aku ada salah apa sampai kau lari dari aku tadi.”
“Tak adalah. Kau jangan lah emo sangat. Kau tak ada buat apa salah pun dengan aku.” jawap Ellisa.
“Come on lah Lisa. Aku dah kenal kau sejak kecik lagi. Aku dah kenal masak dengan perangai kau. Aku tahu sekarang ni kau ada masalah dengan aku kan?”
“A.. Ak.. aku okey jer lah. Kau tu yang tak okey.” Jawap Ellisa tergagap.
“Kalau kau okey kenapa kau marah-marah lepastu kau blah jer bila aku suruh kau nyanyi?” Soal Syakir lagi.
“Syak! Dah lah. Aku betul-betul okey lah. Kenapa kau tak puas hati lagi? Kau nak apa sebenarnya?” marah Ellisa.
“Aku sebenarnya ada perkara nak bagitahu kau.  Ak.. Aku suka dekat kau sejak kita kecil lagi. Aku tak dapat nak rahsiakan perasaan aku. Aku betul-betul sayang dekat kau Lis.” Luah Syakir sambil memandang anak mata milik Ellisa.
“Tak. Aku tak cintakan kau.”
“But I love you.”
“No! I hate you” bidas Ellisa. Ellisa ingin lari dari Syakir. Dia tidak kuat buat masa ini. Semasa dia berada di atas jalan dia terlihat sebuah kereta Honda meluncur laju kearahnya. Tubuhnya waktu itu seperti batu. Ellisa hanya memandang kearah kereta itu. semakin lama kereta itu semakin dekat dengannya.
“Lisaaaaaaaa…..” Ellisa sudah tercampak didalam semak di tepi jalan. Ellisa dapat lihat banyak tompok darah di atas jalan. Kepalanya agak pusing akibat hentakan kuat di kepalanya tadi. Ellisa sudah memejamkan matanya.


Ellisa membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Disitu terdapat ramai orang yang sedang mengerumuninya. Kepalanya masih pening.
“Ya allah nasib baik lah Lisa dah sedar.” Ujar Puan Rosmah keriangan. Dia dapat lihat muka semua orang yang berada di situ masih sedih.
“Ke.. ke.. kenapa Lisa tengok semua orang macam sedih jer? Apa dah jadi?” soal Ellisa.
“Lisa tak ingat ker apa dah jadi? Kan Lisa accident dengan Syakir. Sekarang Syakir still tak sedarkan diri lagi. Tapi nasib baik Lisa tak ada apa-apa.” Jawap Puan Rozita.
Ellisa memandang semua orang yang berada di situ. dia pasti ada seseorang yang masih tidak cukup. Tapi siapa? ‘Ha! Melina. Dia je yang tak ada kat sini. Mungkin dia tengok Syakir.’
“Mama. Mana anak mama lagi sorang?” soal Ellisa.
Semua orang di situ hanya diam. Semua asyik memandang sesame sendiri. “Mama! I asking you right now. Where is Melina?” Soal Ellisa lebih keras.
“Dia… dia.. dia.. sekarang buruan polis. Dia yang rancang kemalangan semua ni. Lisa.. mama minta maaf sangat dengan Lisa sebab mama lebihkan perempuan tu dari Lisa. Maafkan mama sebab mama dah tersalah berikan kasih sayang mama kepada orang yang salah dan mama tak berikan itu semua kepada Lisa. Mama minta maaf sangat Lisa. Maafkan mama Lisa?” Puan Rosmah mula menangis di pelukan Ellisa. Ellisa turut mengeluarkan air mata.
“Mama, sampai bila pun mama tetap mama Lisa. Semua silap mama Lisa tak simpan pun dalam hati. Semua salah mama semua Lisa dah maafkan.” Jawap Lisa.
“Thanks sayang.” Ellisa meleraikan pelukan mamanya.
“Umi Ngah, Syakir sekarang ada kat wad mana?” Tanya Ellisa.
“Dia sekarang ada kat bilik ICU. Keadaan dia masih lemah.” Jawap Puan Rozita lemah.
“Mama, Lisa nak pergi tengok Syak kat sana. Bolehkan.” Ellisa memandang mata mamanya itu.
“Okey. But, mama kena teman Lisa.”
“Mama.  Lisa bukannya tegeliat kat kaki pun Lisa just tegeliat dekat tangan jer. Mama jangan risau lah. Biar Lisa jer pergi. Mama dengan semua orang just duduk jer sini.” Ellisa menyarungkan kasut slipper yang disediakan lalu dia keluar dari biliknya.


Dia melihat banyak wayar yang membelit tubuh milik Syakir. Ellisa duduk di sebelah Syakir. Hati dia begitu sayu apabila melihat wajah Syakir sekarang ini.  Wajah lelaki itu tidak lagi manis seperti biasa dia lihat. Wajah lelaki itu sekarang begitu pucat,dan mulutnya yang merekah.
‘Maafkan aku Syakir. Kalau lah aku tidak menolak cintakau tentu kau tak jadi macam ni. Kalau lah waktu tu aku tak ego tentu kau tak akan terbaring punya atas katil ni. Kalau aku ikut kata hati aku tentu kau tak akan kena belit dengan wayar ni semua. Kenapa kau harus selamatkan aku Syakir. Kalau waktu tu kau tak datang ikut aku pasti kau sihat kan? Syakir, aku harap kau hidup lagi. Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau kau tak ada nanti. Tentu hidup aku kosong jer tanpa kau. selama ni kau lah satu-satunya lelaki yang dapat hiburkan aku Syakir. ‘
Air mata Ellisa masih mengalir. Dia tidak kuat apabila melihat Syakir dalam keadaan macam itu. kalau boleh dia yang ingin menggantikan tempat Syakir.
“Syakir. Aku harap kau akan cepat sembuh. And asal kau tahu aku pun sayang sangat dekat kau. Aku dah tak boleh nak simpan kenyataan yang aku cinta kau lagi. Aku harap suatu hari nanti kalau kita ada jodoh aku nak  cinta kita akan bersatu lagi. Assalamualaikum.” Ellisa terus keluar dari situ. Dia tidak mahu lemah di hadapan Syakir.
‘Ya! Aku tak mahu cinta kita roboh buat kali kedua. Cukuplah engkau yang terlentang lemah di atas katil itu. Aku tidak mahu persiakannya lagi buat kali kedua. Aku janji.’ Azam Ellisa.


“Lisa. Dah la tu. Biar Umi yang jaga Syak. Ellisa pergi balik dulu rehat. Umi tengok Lisa jer macam pesakit. Nanti kalau ada apa-apa Umi call Lisa nanti.” Pujuk Puan Rozita. Anak buahnya itu juga perlu rehat secukupnya. Sejak dua minggu ini Ellisa yang mahu jaga Syakir apabila Syakir sudah ditempatkan di wad biasa.
“Ye tu Lisa. Ayah Ngah tengok kamu ni macam mayat hidup jer. Sikit-sikit termenung sampaikan kami datang pun Lisa tak perasan. Luka kamu tu belum sembuh sepenuhnya lagi. Doctor cakap Lisa kena rehat secukupnya.” Bebel Encik Mustafa.
“Ye lah, ye lah. Umi Ngah boleh tak teman Lisa?” soal Ellisa kepada Puan Rozita.
“Kamu nak pergi mana pulak Lisa?” Soal Puan Rozita kembali.
“Alah… Boleh tak teman Lisa ni. Bukan pergi mana pun. Pergi rumah Umi Ngah jugak.” Marah Ellisa. Marah manja gitu.
“Yer lah.” Puan  Rozita menarik nafasnya sebelum menyambung percakapannya sebentar tadi. “Abang bolehkan tolong jaga Syakir sekejap kan?”
“Hemm.. Kamu pergilah teman budak si Ellisa tu.”
“Okey Ayah Ngah. Kitorang pergi dulu yer. Bye. Assalamualaikum.” Ujar Ellisa.
“Waalaikummussalam.” Jawap Encik Mustafa sambil menggelengkan kepalanya.


“Lisa pergi lah tengok bilik bacaan Syakir. Umi rasa semua perasaan dia dekat kamu semua ada dalam bilik tu. Umi nak kedapur dulu.” Baru sahaja Puan Rozita hendak melangkah kedapur dia merasa tangannya disambar.
“Umi. Umi tahu ker tentang perasaan Syakir dekat Lisa?” soal Ellisa. Dia fikir Syakir tidak bercakap soal ini dengan mamanya.
“Sejak dia kecik lagi Syakir beritahu dekat Umi. Syakir nak Umi rahsiakan soal ini daripada sesiapa pun termasuklah kamu. Setiap hari dia telefon Umi untuk menanyakan khabar kamu semasa dia di UK dulu. Masa kamu putus cinta dengan Syaz, Syakir risau sangat. Sampaikan dia sanggup balik sini. Nasib baiklah ada abang kamu Aiman.” Terang Puan Rozita.
“Lisa naik dulu ye.” Ujar Lisa. Puan Rozita hanya menggangguk.
Ellisa menolak pintu daun. Ellisa berjalan kearah rak buku. Sampai sahaja di satu rak Ellisa tertarik dengan sebuah buku. Ellisa membuka buku yang nampak seperti diari itu. Lalu Ellisa menyelak helaian peratama buku itu. Di halaman itu mempunyai gambar Syakir dan dirinya ketika berumur 6 tahun. Di situ tercalit kisah-kisah di sebalik gambar tersebut.  Ellisa menyelak lagi helain seterusnya dan seterusnya. Di dalam buku itu hanya tertulis tentang perasaan Syakir kepada dirinya. Tiba di satu helaian Ellisa membaca coretan yang Syakir tulis sebelum kemalangan itu berlaku. Ellisa membaca coretan itu.

AKU TULUS MENCINTAIMU ELLISA
Tiada perasaan lain yang kumiliki saat ini, kecuali perasaan cinta dan kasih sayangku terhadapmu.
Tiada,rasa lain yang aku miliki kecuali rasa rindu ku yang sangat dalam kepadamu, dan kini aku teramat merindukan dirimu.
Aku teramat merindukan kisah-kisah yang telah kita lewati saat-saat itu, sepertinya ingatan itu telah melekat, dan membekas dalam pikiranku dan takkan pernah hilang.
Tiada gambaran dan lukisan lain di hatiku kecuali itu dirimu.
Hanya dirimu yang telah mengisi jiwa, tubuh dan roh ku dengan bayangan dan memenuhinya dengan pikiran-pikiranku tentangmu.
Semua hayalanku tertuju kepadamu dimana ia tidak pernah terpadam dan tidak pernah hilang.
Aku merasa aku takkan pernah mati, karena aku merasa usiaku sangat lama untuk mencintai dirimu.
Hingga sekarang, jika kau pertanyakan lagi. Aku mencintaimu dengan sepenuh hati dengan kesucian dan ketulusan jiwa yang aku miliki saat ini
                                                                                ~Syakir~
‘Terima kasih Syakir. Ternyata kau memang tulus mencintaiku. Seandainya aku tidak menafikan cinta ku kepamu. Kau tak akan terbaring lemah di situ. Maafkan aku Syakir.’ Ellisa mengelap titisan air matanya yang masih tersisa di pipinya lalu dia mengambil sebatang pen yang sudah tersedia di dalam beg sandangnya. Ellisa mencoretkan sesuatu di dalam buku itu.
Selesai menulis Ellisa meletakkan buku tersebut di tempat asalnya. Belum sempat Ellisa hendak melabuhkan punggungnya di bangku Puan Rozita sudah muncul di muka pintu. Muka Puan Rozita ketika itu sangat ceria.
“Lisa! Syakir, Syakir. Dia.. dia…” ujar Puan Rozita gagap.
“Syakir? Kenapa dengan Syakir? Dia okey ke tak?” Tanya Ellisa dengan pantasnya.
“Alhamdulillah. Syakir dah sedar sekarang. Ayah Ngah telefon Umi tadi. Apa kata kita pergi sekarang?”
“Jom.” Ellisa terus mengambil beg sandangnya lalu dia menutup daun pintu. Dalam hati dia berdoa yang Syakir akan memberi peluang kepadanya.

 
“Ayah, Syakir nak tanya sikit boleh tak?” tanya Syakir ragu-ragu.
“Tanya aje lah. Ingat ayah nak makan kamu ker?” usik Encik Mustafa.
“Siapa yang selama jaga Syakir kat sini?” soal Syakir.
“Ellisa.” Encik Mustafa menjawap tenang soalan anaknya itu.
“Lisa okey?”
“Okey apa nya. Dia tu pun bukannya sihat betul pun. Nasib baiklah hari ni dia mahu dengar cakap kami. Kalau tak ayah tak tahu lah apa nak jadi dengan dia. Bila orang tak ada jer mula lah dia termenung. Bila tanya dia, dia kata tak ada apa pulak. Ayah pun tak faham lah dengan perangai dia.” terang Encik Mustafa kepada anaknya. Dia juga tidak tahu apa yang terjadi dengan anaknya sebelum kejadian itu.
“Papa sebenarnyakan, Syakir nak minta tolong sikit  boleh?”
“Apa dia?”
“Tolong pujuk Lisa supaya terima cinta Syakir.”
“Apa? Cinta kamu? Oh jadi yang  Ellisa dok termenung bagai nak rak tu sebab luahan perasaan kamu ke?”
“Aha.. nanti bila Ellisa datang papa boleh tak mengaku…” ujar Syakir kepada papanya.
“Tu jer. Senang jer lah.” Encik Mustafa mengetip jarinya.


“Assalamualaikum Ayah Ngah. Macam mana dengan Syakir?” tanya Ellisa girang apabila dia melihat Pak Ngahnya mundar mandir di tempat duduk di luar bilik wad.
“Lisa… Syakir dia suruh kamu jumpa dia sekarang. Dia ada nak cakap dengan kamu sebelum dia pergi.” Ujar Encik Mustafa.
“Abang! Bukan abang cakap yang Syakir dah sihat kenapa jadi macam ni pulak?” Suara puan Rozita sudah menaik.
“Lisa, baik kamu jumpa Syakir dulu sebelum terlambat.” Arah Encik Mustafa sambil memegang lengan isterinya itu.
“Baik Ayah Ngah.”
“Shuhh! Syakir sihat jer lah. Dia Cuma nak pujuk si Ellisa tu jer. Kamu janganlah emo sangat Ita oiii.,” marah Encik Mustafa.
“Ohh.. Ingat kan betul-betul nak mati si Syakir tu. Lain kali bagitahu lah dulu.  Yer kan Ros?” soal Puan Rozita kepada Puan Rosmah.
“Yer la tu kak Ita oiii. Biarlah mereka berdua selesaikan masalah mereka berdua. Apa kata kita pergi kantin dulu.” Saran Puan Rosmah.
“Okey jugak tu.”
Mereka bertiga berjalan menuju ke kantin yang terletak di blok sebelah.


“Syakir! Syakir! Kau bangunlah. Kau jangan buat lawak pulak kat sini. Nanti aku smackdown nanti kot. Daripada kau tengah sihat-sihat terus mati kot. Aku kira dalam kiraan 1,2,3  kau tak bangun jugak aku pergi dari sini.” Marah Ellisa. Eleh ingat aku tak tahu ker yang kau tipu aku. nak buat aku kesian kat kau pulak.
“Oiii, Syakir telinga kau tuli ker apa? Atau mata kau tu memang tak leh nak buka dah kot. Kau ingat aku tak tahu ker yang kau tu tipu aku. Tu ha dekat screen tu pun tulis yang kau tu dah okey. Kalau kau nak bincang fasal luahan cinta kau tu okey, aku terima cinta kau.” Luah Ellisa.
Pantas Syakir mencelikkan matanya. Dia melihat keanak mata Ellisa tanda tidak percaya.  “Kau betul ke ni? Bukan kau kata kau tak suka kat aku ke?” Soal Syakir.
‘Eiiii… Masa aku tak suka dia bukan main memaksa aku. sekarang ni bila aku terima dia tanya macam-macam pulak. Kang aku tarik balik baru tahu. Dasar jebon betul lah.’ Marah Ellisa. Kalau boleh mahu sahaja dia ketuk kepala Si Syakir nasib baik dia masih diketegorikan sebagai orang sakit lagi.
“Dah sihat? Tak rasa nak mati dah? Kalau tidak boleh aku tempah keranda untuk kau. Dasar mamat jebon betul lah kau.” Perli Ellisa.
“He..he.. he. Macam mana kau boleh tahu aku sihat-sihat jer.”  ‘Soalan begap mana dia ambik nie?’ marah Ellisa di dalam hati.
“Kau ingat aku budak tadika ke apa? Aku dah dua puluh… dua puluh berapa erk umur aku?”
“Dua puluh empat! Umur sendiri pun tak ingat. Tengok aku sendiri pun boleh ingatkan umur kau.”
“Eleh. Kau tak payah la bangga sangat. Nanti kau jadi macam ni ba….” Ellisa tidak dapat meneuskan cakapnya yang akhir tadi. Dia mula berasa salah terhadap Syakir. Kerana dia Syakir jadi macam ni.
“Kau kenapa tiba-tiba berhenti je?” tanya Syakir pelik. Tiba- tiba je Ellisa diam. Mukanya juga sudah berubah seperti hendak menangis.
“Syakir… aku.. aku nak minta maaf dengan kau.” Ucap Ellisa sambil menundukkan mukanya. Dia tidak dapat menahan air matanya lagi. Dia tidak mahu syakir melihat air matanya.
“Apa maksud kau? Aku tak faham. Cuba kau jelaskan.”
“Ak.. aku minta maaf sebab selama ni aku banyak susahkan kau. Kau selalu selamatkan aku. Sebab kau selamatkan aku kau jadi macam ni sekarang. Aku minta maaf sangat.” Air mata Ellisa semakin laju keluar dari tubir matanya. Esakan Ellisa didengar oleh Syakir pantas Syakir meletakkan tangannya di bahu Ellisa.
“Shuhh! Kau tak payah minta maaf dengan aku pun. Aku jadi macam ni sekarang pun sebab aku nak selamatkan orang yang aku sayang. Aku taknak dia merasakan sakit yang aku alami. Aku nak dia bahagia dekat dunia ni tanpa kesedihan dan aku lakukan semua itu sebab aku cintakan kau. Aku harap kau sudi terima cinta aku.” ujar Syakir.
“Syakir… aku tak tahu macam mana nak cakap tapi..”
“Tapi memang kau cintakan aku. Aku dah tahu soal tu. Masa aku ada di bilik ICU segala yang kau cakap semua aku dah dengar Lisa. Aku harap kita tak akan siakan semua ini lagi buat kali kedua. Aku mohon Lisa.”
“Kau dengar apa aku cakap tapi kenapa kau tak buka mata pun. Lagi satu masa tukan keadaan kau kritikal.” Soal Ellisa pelik.
“Kau nil ah. Kan orang kata, orang koma walaupun dia tak bangun tapi dia boleh dengar segala apa yang orang cakap. So, tak hairan lah kalau aku dengar orang cakap. Tambah-tambah lagi kata semangat dari kau and yang paling best masa kau cakap yang kau suka kat aku.” usik Syakir.
Ellisa sudah mengetap bibirnya dengan pantas buku limanya sudah naik ke kepalanya Syakir. Ellisa tidak perasan tentang luka Syakir di kepala.
“Aduhhhhhh! Sakitlah Lisa. Kau nak bunuh aku ker. Kang aku koma pulak baru tahu. Dah baik-baik aku sedar tiba-tiba kena masuk ICU balik. Tak dapat aku naik pelamin lagi.” Usik Syakir walaupun dalam keadaan sakit. Tidak lah sakit manapun tapi dalam erti kata lain sakitlah jugak. Tepat-tepat kena pada lukanya.
“Biarlah. Biar kau rasa sakit. Berangan nak naik pelamin konon bertunang pun belum lagi sudah nak berangan naik pelamin. Kau nak naik pelamin ngan siapa?” marah Ellisa.
“Naik dengan kau lah wahai ratu hatiku.”
“Ayat jiwang karat.”
“Ye lah. Mestilah kena jiwang sikit.”
“Yelah.”
“Mestilah.”
“Ye, Ye.”
“Nak kahwin tak?”
“Ye. Eh! Apa ni? Suka main-main kan?” dengus Ellisa. Mana tak nya dalam keadaan macam ni pun boleh fikir yang tu. ‘Tak romantic betul lah. Ajak lah kahwin dekat hotel ker apa ker. Ni tak dekat hospital jugak yang dia nak ajak kahwin.”
“Alah, kita kahwin yer?” pujuk Syakir.
“Harus dipertimbangkan dulu.” Walaupun dalam hati setuju tetapi dia harus jual mahal. Tidak boleh terlalu menonjol sangat. Nanti Syakir boleh salah sangka terhadapnya pula.
“Apa yang nak dipertimbangkan. Mama awak pun setuju Umi ngan Ayah pun setuju. Apa yang tak pasti lagi?”
“Macam mana awak tahu yang mama dengan mama aku and Ayah Ngah setuju. Bukan kau kasitahu dekat Umi Ngah je ker soal hati dan perasaan kau.” Tanya Ellisa pelik. Setahunya sebelum kemalangan itu berlaku hanya Puan Rozita sahaja yang tahu mengenai ini.
“Tu..” Syakir menunjukkan kearah pintu wad itu. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat semua orang berada di muka pintu menyaksikan drama Ellisa sebentar tadi. dia bertambah malu apabila abang Aiman juga berada di situ bersama papannya.
“Korang jahat lah. Sanggup intai Lisa tau.” Ellisa membuat suara seperti merajuk.
“Terima jer tawaran Syakir tu. Lagipun Lisa cinta Syak jugakan?” saran Encik Fuad.
“Terima jer.” Semua di situ mula tunjuk perasaan. Perasaan happy bukan perasaan marah yer.
“Yer lah Yerlah. Lisa terima.”
“Hureyyy.” Sorok Aiman dan syakir.
“Seronoklah sangat.” Marah Ellisa kepada Syakir dan Aiman.
“Mestilah seronok.” Syakir dan Aiman cakap serentak.


Setahun kemudian.
Kini Ellisa sudahpun menjadi isteri kepada Syakir. Mama papa Ellisa dan Syakir adalah orang yang paling sibuk. Mereka mengadakan majlis persandingan mereka di Hotel Avenue. Majlis mereka sangat meriah dan tiada sebarang kesilapan.
Tangan Ellisa juga sudah lenguh dibuatnya kerana terlalu banyak orang yang disalaminya ketika majlisnya berlangsung.
Syakir??
Sudah tentu dengan perangainya yang manja seperti keanakan. Semasa majlis pernikahan mereka berlangsung Syakir sentiasa menggenggam tangan Ellisa. Peluh membasahi tagan tidak diperdulikan Syakir. Jika Ellisa melepaskan genggaman tersebut Syakir akan merangkul pinggangnya pula. Ellisa hanya mendiamkan diri sahaja.
Walaupun keletihan tetapi dia bersyukur kepada Ilahi kerana menemukan jodohnya bersama dengan Syakir. Ellisa hanya bisa tersenyum. Biarlah kenangan ini menjadi kenangan manis buatnya. Supaya hubungan mereka berkekalan.
Tiba-tiba telinganya berasa geli apabila ada angin yang meniup ke telinganya itu. Ellisa mengalihkan tubuhnya menghadap kebelakang.
“Awak? Suka main-main tau. Duduk jer diam-diam. Tahu tak geli. Nasib baik Lisa tak pegang kayu ke pisau ker kalau tak habis lah awak saya kerjakan.” Ellisa menampar lembut dada milik Syakir.
“Sampai hati sayang nak bunuh abang. Lisa memang nak bunuh abang ke?” Syakir pura-pura merajuk.
“Ala… takkan bucuk Lisa merajuk kot. Mana lah Lisa sanggup nak bunuh abang. Abang kan suami Lisa sekarang and cinta Lisa.” Pujuk Lisa. Syakir senyum puas hati dengan ucapan Ellisa sebentar tadi.
“ha.. Kan senang. Cuba cakap I love you. Ni tak just tulis puisi je kat abang and cakap kat dalam hati je. Lain kali terus terang je lah.”
“Maksud abang? Lisa tak faham. Puisi apa pulak ni?” tanya Ellisa pelik.
“Alah… Okey, taka pa biar abang tolong bacakan ye..”
Let me Feel The Pain

The blanket of night has fallen upon me
In an odd strange bizarre colour
And the dark covers the whole
Where I beg like a poor
-
Let me feel the pain
So I know that I am alive
That feeling is the one that I need
Since I know that I am numb inside

Let me walk thousands miles
Don’t force me to even stop
Let me bleed from the journey
So I will know the color inside me

I know I will cry aloud
And you’ll see the tears drop
but don’t force me to stop it
‘Cos that is the hatred that I release

Once we’ve talked about life
And you covered it with the sweetest honey
Once we’ve talked about victory
And you wrapped it inside the softest blanket
—–
Maybe I was a stupid one
Trapped inside a stone palace
Where the pictures of summer
Glued at every window
——
But I was not a fool
‘Cos I could see from the key hole
Where the chilly breeze of winter
Gave the toughest lesson outside
——
Let me bleed, let me feel the pain
‘Cos I don’t want to live inside a dream
Without feeling the obstacle and struggle
That give the meaning of this waiting”

“Abang!! Malu lah ayat tu. Kenapa abang baca depan Lisa. Geram lah dengan abang.” Ellisa menjuihkan mulutnya. Sebal dengan Syakir kerana membaca puisi yang ditulis oleh Ellisa di buku diari Syakir semasa Syakir masih tidak sedarkan diri lagi.
“Alah… masa tu abang nak tulis diari abang. Tup, tup ada sayang tulis kat situ. jadi abang pun teruja sangat. Kenapa tak bagi terus kat abang?”
“Sebab Lisa ingat abang tak sedar lagi. So, Lisa tulis je dalam diari abang.” Ellisa masih dengan wajah masamnya.
“Ohh.. Sayang pulak. Kenapa baca diari abang? Abang tak marah pun sayang sebab baca diari abang.” Tegur Syakir.
“Alah… sorry lah masa tu pun Ellisa just tengok-tengok je lepastu dah nampak best Lisa teruskan je lah baca. Lagipun dalam buku tu semua kisah Lisa aja.” Ellisa ingin membela dirinya juga.
“Ye la tu.”
“Ye lah..”
“I love you Lisa until I die.” Luah Syakir.
“I know. And I love you to.” Bisik Lisa ke telinga Syakir.
Syakir hanya senyum. “Sayang…” Bisik Syakir sambil merangkul pinggang Ellisa. Muka Ellisa dengan Syakir hanya jarak 1 inci sahaja. Jantung Ellisa sudah memainkan peranannya. Ellisa memandang mata Syakir.
“Ke.. kenapa?” jawap Ellisa tergagap.
“Jom.” Ajak Syakir.
“Jom? Jom ke mana? Abang nak pergi mana malam-malam buta ni?” tanya Ellisa pelik.
“Sayang nil ah. Abang ajak tidur lah. Abang nak ajak buat baby lah sayang...”
“Abang!!!” Ellisa mencubit tangan Syakir.
“Sakitlah sayang.”
“Padan muka.” Ellisa menjelir lidahnya kepada Syakir.
“Nak kena betul sayang ni. Okey tak apa. Biar malam ni sayang tak tidur sampai ke pagi.” Syakir terus mendukung Ellisa ke katil. Ellisa hanya ketawa semasa di dalam dukungan Syakir.
Malam itu menjadi malam yang sangat terindah buat Ellisa.
‘Terima kasih Ya Allah kerana kau telah mengembalikan kegembiraan di dalam hidupku ini. Terima kasih Ya Allah kerana Kau lah Aku dipertemukan jodoh dengan suamiku.’ Bisik hati Ellisa.
                                                                                TAMAT


tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^


Let me Feel The Pain

The blanket of night has fallen upon me
In an odd strange bizarre colour
And the dark covers the whole
Where I beg like a poor
-
Let me feel the pain
So I know that I am alive
That feeling is the one that I need
Since I know that I am numb inside

Let me walk thousands miles
Don’t force me to even stop
Let me bleed from the journey
So I will know the color inside me

I know I will cry aloud
And you’ll see the tears drop
but don’t force me to stop it
‘Cos that is the hatred that I release

Once we’ve talked about life
And you covered it with the sweetest honey
Once we’ve talked about victory
And you wrapped it inside the softest blanket
—–
Maybe I was a stupid one
Trapped inside a stone palace
Where the pictures of summer
Glued at every window
——
But I was not a fool
‘Cos I could see from the key hole
Where the chilly breeze of winter
Gave the toughest lesson outside
——
Let me bleed, let me feel the pain
‘Cos I don’t want to live inside a dream
Without feeling the obstacle and struggle
That give the meaning of this waiting


tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^