Sunday 2 December 2012

Luahan Perpisahan

  1. Perpisahan ini tidak selamanya tetapi inilah caranya untuk aku mengajar erti kerinduan mengenang orang yang dirindui di sana. Dengan perpisahan kita dapat mengajar erti penghargaan. Menghargai orang di sekeliling kita kerana kita mungkin ta
    hu perpisahan mungkin akan terjadi kelak. Jadi, menghargailah seseorang yang kita sayangi. Teman mahupun keluarga.
    Perpisahan banyak meninggalkan kesan suka mahupun duka. Kenangan dahulu di imbas kembali pada masa kini. Betapa asyiknya semasa zaman kanak-kanak dahulu. Jika boleh ingin diputarkan waktu kembali. Namun semua itu kuasa Allah SWT. Kita mampu merancang sesuatu perkara namun hanya Allah yang menentukan semuanya. Mungkin hari ini kita merencanakan sesuatu tetapi mungkin Allah Ta'ala tidak mengizinkan kerana ia tahu itu yang terbaik buat hamba Nya. Jadi janganlah menganggap perpisahan ini suatu yang membosankan kerna Sang Pencipta lebih mengetahui jalan yang terbaik buat semua hamba Nya.

    Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud,
    "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar,
    Allah jadikan baginya kesukaan
    dari tiap-tiap kesusahan
    dan Allah jadikan baginya jalan keluar
    dari tiap-tiap kesempitan
    dan Dia rezekikan kepadanya
    dari jurusan yang dia tidak sangka-sangka."

    - Abu Daud -

    Hari ini tidak seperti hari esok. Hari esok mungkin banyak cabaran yang perlu dihadapi dari hari ini. Namun cukupkah untuk kita meneruskannya? Ya. Itulah bukti bahawa kita sentiasa beriman kepada Allah SWT. Dugaan yang sentiasa datang dalam kehidupan ini adalah bukti bahawa Allah menyayangi hamba Nya. Tidak kira miskin, kaya semuanya sama di sisi Nya. Hanya amalan yang membezakan darjat seseorang. Kita sebagai insan yang lemah, janganlah terlalu bongkok dengan segala yang kita ada kerana semuanya akan direntap di kemudian hari. Pintu taubat sentiasa terbuka buat semua selagi matahari tidak terbit di sebelah barat dan tenggelam di sebelah timur. Bertaubatlah sebelum ajal menjemputmu. Kerana perpisahan roh dari badan kita adalah perpisahan yang amat ditakuti.

    Jika kita masih mempunyai kedua ibu bapa hormatilah mereka. Apa yang mereka katakan kepada kita adalah benih kasih sayang mereka yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Cukuplah dengan nasihat mereka dan cara layanan mereka untuk kita. Janganlah kita mengeluh kerana anak yang derhaka tidka diredhai oleh Allah SWT. Jauh tersasar daripada pintu syurga dan dekatnya antara ke neraka. Di sini ada sebuah kisah sebagai tauladan buat semua. Ingatlah peluang tidak ada untuk kali keduanya. Jika kita sudah ada peluang ambillah peluang ini. Dakaplah orang tuamu dan ucapkan bahawa anda menyayangi mereka. Pohonlah maaf jika anda ada menaikkan suara kepada mereka dan macam-macam lagi. Ambillah pengajaran dari sumber yang saya sertakan ini.Pabila orang tua kita sudah pergi dalam keadaan kita menderhaka kepada mereka tanpa mereka mangampuni kita maka tiadalah ruang untukmu meminta keampunan daripada mereka dan Allah SWT. JIka perpisahan ini yang kita alami... Astaghfirullah. Bacalah cerita di http://ekaunseling2.uum.edu.my/index.php/koleksi/artikel/65-azab-anak-derhaka.

    BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
    Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan
    bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah
    meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan
    melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur
    emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.
    Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran
    yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah
    ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah
    meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha
    dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas
    rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat
    kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala
    turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku
    setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat
    dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
    buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan
    Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua,
    bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan
    dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
    menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka
    bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

    Dan di sini saya ada info buat anda. Jangan salah pilih jalan perpisahan kita.
    http://paramedik.bbfr.net/t1298-anak-derhaka


tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^

No comments:

Post a Comment