Sunday 2 December 2012

Saat Terakhirku

Aku ingat lagi pertama kali aku bertemu dengan dia. hati aku berdegup kencang ketika itu. Aku tahu itu hanyalah mainan syaitan yang hanya menyesatkan anak cucu Adam. Aku hanya biarkan perasaan itu tanpa sedikit pun aku hiraukan. Tetapi… semakin hari semakin hatiku terpaut kepadanya. Sifat nya yang ‘gentleman’, penyanyang dan romantik. Lebih-lebih lagi aku mendengar suaranya ketika azan. Suaranya sungguh merdu.
Kerana itu aku tertarik kepadanya secara diam-diam. Pabila kawanku menanyakan adakah aku menyukai si dia, aku hanya menidakkannya. Kalau ibuku tahu tentu aku akan dibebelnya. Hanya seorang nama sahaja yang bertakhta di hati ku ini iaitu…

*******

“Nadhia, kau perasan tak yang laki tu asyik tengok kau je. Mesti dia dah jatuh hati kat kau ni.” Bisik Ina di telinga Nadhia.
“Mana ada lah. Kau tu je yang perasan. Aku ni mana ada taste dia.Dia mesti tengok Anum tu. Anum kan seksi, gedik lagi. Tentu orang lelaki tertarik. Lain lah aku nie. Tak seksi and aku nie pon bukannya minat sangat pun dengan orang lelaki.” Ujar lebar Nadhia supaya Ina faham.
“Alah, kau ni asyik kata cam tu je. Bila kau nak ada pakwe ni?” ek eleh baru form 3 dah pandai erk. Sorry naik lori lah wei.
 “Hemm.. aku tunggu kau dapat cucu baru aku cari  pakwe.” Nadhia mengambil buku sejarahnya di tangan Ina. Maklumlah kan tadi waktu sejarah mereka terpaksalah turun ke bilik sejarah.
“Mak aihh! Aku dapat cucu? Giler kau. maknanya anak aku kawin dululah kalau macam tu. Tak ada akal ke   kau ni?” Ina menepuk belakang badan Nadhia.
“Sakitlah! Lagipun aku nak consentrate dulu pelajaran aku. Lagipun SPM pun nak dekat dah. Kalau nak berkasih pun tunggulah lepas aku habis belajar.”
“Eleh! Cakap macam orang professional. Woii Nadhia kau dengar sini erk. Bila kau start falling in love dengan seseorang kau tak mungking dapat buang perasaan tu. Selagi kau lari selagi kuat perasaan tu. Tambah-tambah lagi cinta pandang pertama. Fuhhh!” Eiii. Mulalah tu nak bangga diri. Bebel Nadhia di dalam hati.
“Dah arh meluat aku dengar teori cinta kau ni. Bukan nak bagi teori sains ker nie cinta jugak kau cerita. Eiiii!” Nadhia menjuihkan mulutnya.
“Biarlah. Bagi kau tau sikit teori cinta. Ni asyik  teori sains lah math lah sejarah lah. Kalau aku boleh pecah kepala otak aku nie.” Marah Ina.
“Eh, kau boleh tak jangan membebel jer. Lagipun kita semua orang tahu  kan yang couple nie tak bagus. Haram tahu tak? Aku tak nak lah buat dosa tiap-tiap hari. Pahala tak banyak mana tapi dosa jer banyak. Dah, kesian dekat Farhana sebab tunggu kita lambat sangat kat kantin tu.”
“Elehh… kau tu pun membebel jugak. Tuduh orang pulak. Aku pun tahu lah couple tu haram. Tak salah kan nak kenal hati budi orang kan?”
“Dah! Dah!” Nadhia menolak belakang Ina supaya cepat sikit berjalan.

**********
“Huh! Kenyang jugak perut aku ni. Nasib baik sempat makan tadi.” Ina mula memegang perutnya yang sudah penuh dengan makanan.
“Yer la tu. Eh korang pergi mana tadi?Lama tau tunggu korang. Nasib baik kita dah beli dah kat korang. Kalau tak tak sempatlah korang makan.” Soal Farhana.
“Ina ni ha. Membebel punya panjang. Naik lenguh aku. Asyik-asyik teori cinta dia tu. Tak payah lah nak bercerita kat aku ni. Sama lah dengan kau Ana. Kalau ada kau lagi naik lenguh aku.” Mereka bertiga berjalan beringan di koridor perpustakaan di tingkat tiga.
“Kau ni lah. Biarlah kat aku mulut aku. Yang kau ni asyik sangat menentang story mory pasal cinta nie apasal. Nak kata kau ni fobia tak pernah pun aku tengok kau nie break dengan boyfriend kau. Boyfriend pun tak ada. Hairan bin pelik la aku.”
“Aa lah… ker kau ni takut nak bercinta nie. Hahahhahah… tak sangka kawan aku yang gah ni takut dengan cinta.” Ejek Farhana. Amboi, lebih dah nie!
“Bila masa aku takut dengan cinta yang karut tu. Sorry naik lori lah wei.”
“Tak cukup lori. Naik feri lah weii.” Farhana dan Zurina cakap serentak sambil ketawa.
“Ceh!”                    
“Eh aku lupa pulak. Couple kan haram. Yer tak cik Nadhia?”
“Yer lah cik adik oiii. Remember this Ina kalau nak kenal hati budi orang tunggu masa yang sesuai. Masa bila korang sesuai untuk kenal hati budi orang? Masa korang betul-betul nak kahwin tu. Sekarang nie tak payah lah fikir pasal cinta nie. Kita masih muda dalam meneruskan perjalan nie. Insyaallah nanti kalau ditakdirkan kita untuk seseorang pasti Allah tunjukkan ia kepada kita. So what we should do?”
“Study for our future.” Mereka berkata serentak. Mereka berjalan beriringan menuju ke kelas mereka.

********
Pagi yang cerah itu dikejutkan dengan bunyi yang bising dari dalam kelas. Nadhia terus masuk ke kelasnya tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang asyik dengan bebelan yang tidak membawa faedah.
Nadhia meletakkan begnya di kerusi. Sambil menunngu guru mata pelajaran yang akan masuk seketika nanti, Nadhia mengambil penyapu di belakang kelasnya untuk melakukan rutinnya sebagai pelajar.
Dalam keasyikan menyapu sampah dia dikejutkan dengan seorang pelajar lelaki yang berdiri di hadapan kelas iaitu di hadapannya bersama guru kelasnya. Nadhia cepat-cepat membersihkan sampah yang dikumpulnya tadi. Ramai  pelajar perempuan berbisik antara satu sama lain. Yer lah, lelaki kacak mesti lah diorang pandang tapi Nadhia tidak begitu.
Ina dan Farhana baru masuk ke dalam kelas. Mungkin dipanggil cikgu barangkali kerana itu mereka masuk lambat sedikit. Nadhia melihat wajah sahabatnya yang tercengang apabila melihat seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri di hadapan bersama guru kelas.  
Ina dan Farhana mengambil tempat di sebelah kiri dan kananku. Begitulah mereka sejek sekolah rendah lagi. Mesti berkapit. “Siapa dia tu? Pelajar baru erk? Muka dia cute lah.” Soal Ina kepada Nadhia.
Nadhia hanya menjongketkan bahunya tanda dia juga tidak tahu.
“Okey semua. Kita ada pelajar baru dalam kelas nie. Jadi semua orang tolong tunjuk ajar dekat kawan baru kamu.” Ujar Cikgu Suria kepada muridnya. “Perkenalkan diri kamu kat kawan kamu semua.” Ujar Cikgu Suria kepada murid baru itu.
“Nama saya Muhammad Aqeel  Hakimi bin Mahadi. Sebelum nie saya bersekolah di SMK Ahmad Tajuddin. Selamat berkenalan.”
Semua orang asyik menyebut nama lelaki itu. tambah-tambah pelajar wanita yang gedik-gedik itu. Tambahan pula, lelaki itu sangat tampan orangnya. Ina dan Farhana hanya tersenyum antara satu sama lain. Nadhia malas nak layan semua itu. Semua hipokrit. Kalau pelajar tak kacak mesti ditolak. Kalau yang kacak semua berebut-rebut hendakkan orang itu sampai sanggup bermusuhan.
************
                Kini Nadhia dan kawan-kawannya berada di tahun akhir di SMK Taman Widuri. Sungguh pantas masa berjalan sehingga mereka tidak perasan bahawa mereka berada di tahun akhir sekarang dan mereka juga bakal menghadapi SPM pada tahun ini. Dalam tempoh dua tahun ini Aqeel selalu mengganggu Nadhia sehingga gadis itu tidak keruan.
 Ramai kawan-kawan Nadhia cemburu kepadanya kerana Aqeel lebih suka berkawan dengan Nadhia. Pernah suatu hari Nadhia diberi amaran keras oleh peminat Aqeel supaya menjauhkan dirinya dengan Aqeel. Nadhia hanya buat tidak peduli kepada mereka semua.
                Apa hendak dikisahnya, dia kan pengawas di sekolah itu. Jadi, jika ada murid yang mengugut dia, terus akan dilaporkan kepada guru pengawas atau guru disiplin. Jangan main-main dengan Nadhia.
                Walaupun Nadhia sering diganggu oleh Aqeel tetapi dia tidak pernah melayan Aqeel kerana Uminya sudah memberi teguran kepadanya supaya belajar terlebih dahulu. Masih muda untuk bercinta dan hukumnya juga haram.
                “Ina, kenapa Aqeel suka kacau aku? Aku rasa macam nak luruh jer jantung aku nie. Setiap kali dia nak datang dekat dengan aku hati aku berdebar-debar tak keruan. Macam ada lumberjack tengah pukul jantung aku nie lah. Sakit sangat.” Nadhia membisikkan ketelinga Ina tentang perasaan yang dihadapinya itu.
                Ina memandang muka Nadhia sambil tersenyum. “Kau tu dah jatuh cinta dengan Aqeel lah. Takkan kau tak tahu kot. Dua tahun Aqeel selalu ganggu kau. Tambah lagi muka dia yang handsome tu. Mesti boleh buat kau jatuh punya lah.”
“Kau jangan lah merepek erk. Aku malas lah nak bercinta. Hidup aku still young untuk aku bercinta. Mak aku pun suruh aku belajar dulu. Cukup masa baru fikir pasal tu. Aku masuk kelas dulu lah. Bye.” Nadhia segera berlari anak masuk ke dalam kelasnya.

*******
                Kini Nadhia sudah berjaya menjadi seorang bakery dan kini dia sudah membuka sebuah kedai kek ‘Dhia Aqeeia’. Nama gabungannya bersama orag yang dia sayangi. Walaupun Nadhia tidak ada jodoh bersama Aqeel jadi biarlah namanya menjadi ingatan buat Nadhia.
                Pada pagi itu, semasa Nadhia hendak bergegas  ke kedai keknya Nadhia telah mendapati sekotak hadiah yang diletakkan di pintu rumahnya. Nadhia mengesyaki bahawa pengirim hadiah ini mungkin tersalah rumah tetapi tekaannya salah apabila namanya tertera disitu. Tulisan pengirim itu bagai menggamit ingatan Nadhia ketika Aqeel mengirim sepucuk surat kepada Nadhia melalui Ina. Tulisannya sama persis dengan pengirim hadiah ini. Adakah pengirim ini Aqeel?
                ‘Ah, mana mungkin Aqeel yang mengirim hadiah ini. Dia mana tahu tempat tinggal aku di sini.’ Monolog Nadhia di dalam hati.
                Tiba-tiba Nadhia dikejutkan dengan suara yang cukup dikenalinya. “Assalamualaikum.” Nadhia terpaku seketika apabila dia melihat wajah si tampan itu.
                ‘Aqeel’
                “Waalaikummussalam. Aqeel buat apa kat sini?” Soal Nadhia agak kekok kerana sebelum ini dia jarang bercakap dengan Aqeel. Hanya lelaki itu yang rajin menegurnya.
                “Saya saja datang melawat bakal isteri saya. Tak boleh ke?” Nadhia agak terkejut dengan pembicaraan Aqeel sebentar tadi.
                ‘Bakal isteri? Siapa? Farhana ke? Ina dah kahwin dah hanya Farhana jer yang duduk rumah nie. Takkan aku kot. Tak mungkinlah.’
                “Farhana ke bakal isteri awak? Biar saya panggil Ana dulu. Maaf lah, rumah anak dara jadi terpaksalah tunggu kat diluar.” Belum sempat Nadhia ingin membuka mulut untuk memanggil Farhana Aqeel dengan pantas memotong, “saya bukan cari Ana tapi saya cari awak. Saya nak cari bakal isteri saya. Dari dulu saya cari awak tau.”
                “Aqeel saya dah lambat nie, saya pergi dulu lah yer.” Nadhia dengan pantasnya menekan suis kunci keretanya. Dia meletakkan barang-barangnya di belakang kereta. Sebenarnya, dia hanya ingin melarikan diri daripada lelaki itu kerana jantungnya sudah berdegup kencang. Tambahan pula Aqeel menyatakan yang dia sedang mencari bakal isterinya iaitu dirinya sendiri. Dia tidak tahu untuk memberikan sebarang jawapan ketika ini.
                “Awak malu dengan saya ke atau awak memang tak suka saya? Tapi kenapa hati saya kuat menyatakan bahawa kita mempunyai perasaan yang sama. Saya tunggu awak hampir tujuh tahun dan akhirnya penantian saya tak sia-sia apabila saya berjumpa dengan awak kali ni. Saya bersyukur sangat apabila saya ditakdirkan bertemu dengan awak. Tapi kenapa setiap kali saya nak bercakap dengan awak , awak selalu hindar. Tapi saya tak pernah putus asa demi memiliki awak.” Luah Aqeel kepada Nadhia. Nadhia sedikit terharu mendengar penantian Aqeel kepadanya.
                “Aqeel… saya memang tak tahu nak jawap apa tapi yang penting awak jumpalah mak dan ayah saya. Saya ikut jer dengan mak dan ayah saya.  Saya sekarang memang dah lambat nie, saya kena pergi kerja sekarang nie. Assalamualaikum.” Nadhia masuk ke dalam  kereta dan menghidupkan enjin kereta lalu keretanya meluncur lagu ditengah jalan.
                Aqeel hanya tersenyum pabila dia sudah mendapat green light daripada Nadhia hanya tunggu masa saja untuk bertemu dengan orang tua Nadhia.
********
                “Sayang kenapa nie? Tak suka ke kita kahwin?” Bisik Aqeel di telinga Nadhia sambil memeluk erat tubuh isterinya sambil memandang pemandangan malam di balkoni biliknya.
                “Tak lah. Saya suka sangat kita kahwin tapi saya pelik lah.  Sepatutnya kita dah kahwin tahun lepas tapi kenapa waktu tu awak hilang. Saya hampir nak pengsan masa mama awak bagitahu yang awak hilang. Dah lah perkahwinan kita nak dekat. Saya hampir gila sebab ingatkan awak menghilangkan diri masa perkahwinan kita. Setiap hari saya tunggu awak datang jumpa saya tetapi hampa. Awak langsung tak datang sampailah saya hampir nak kahwin dengan orang lain.  Masa awak datang tu, saya nampak muka awak pucat sangat macam mayat hidup. Masa tu, hati saya berkata bahawa yang cinta saya dekat awak masih ada sampaikan tiada siapa pun boleh menggantikannya dan mujurlah awak masih setia kepada saya waktu tu. Tapi boleh saya tahu kenapa awak hilang waktu tu?” Luah Nadhia kepada Aqeel.
                “Sayang… abang minta maaf sangat pasal kes abang hilangkan diri dulu. Tapi boleh tak kita tak cakap pasal tu. Abang tak nak ingat pasal tu sekarang. Abang rasa sedih sangat bila teringatkan hal tu.” Jawap Aqeel dalam suara yang begitu sayu. Nadhia melihat wajah suaminya itu. Dia sungguh berasa sedikit kecewa kerana dia telah menyedihkan hati suaminya walaupun baru bergelar isteri pagi tadi.
                Nadhia mengambil tangan Aqeel kedalam genggamannya. Dia mengucup perlahan tangan lelaki itu dengan penuh rasa maaf, lembut dan kasih sayang. “Abang, Nadhia minta maaf sangat kalau apa yang Nadhia cakap tadi buat abang tadi. Nadhia taka da niat pun nak lukakan hati abang.” Luah Nadhia sambil memandang tepat kedalam anak mata suaminya.
                “Sayang… sayang tak salah pun dekat abang. Cuma abang saja yang salah kepada sayang sebab tinggalkan sayang dulu. I’m sorry dear. I love you forever and I never wanna let you go from me while I’m still alive.” Aqeel menarik Nadhia kedalam dakapannya.
                “Nadhia sayang abang selamanya sampai akhir hayat Nadhia. Nadhia tak akan pergi kepada orang lain walaupun suatu hari ditakdirkan abang pergi dari hidup Nadhia.Nadhia sayang abang.”
                Mereka terus senyap dalam cinta mereka. ‘Sesungguhnya itu yang Kau ciptakan kepada kami berdua aku bersyukur Ya Allah. Sekiranya hubungan kami mula goyah Kau tolonglah lembutkan hati kami berdua supaya kami dapat saling bertolak ansur supaya kebahagiaan ini kekal selamanya.
                Ya Allah sekiranya ditakdirkan aku pergi dahulu sebelum dirinya Engkau tolonglah menjaganya buat diriku kerana aku begitu menyayangi dirinya. Dia lah yang bertakhta di hatiku selama ini. Tiada siapa selain dia Ya Allah. Aku tahu hidupku di dunia ini mungkin tidak akan lama. Namun, izinkan aku merasakan kebahagiaan sebelum aku menutup mata Ya Allah.’ Nadhia melihat kearah suaminya yang sedang leka menatap mukanya itu. Nadhia hanya bisa tersenyum buat suaminya di kala itu. hatinya begitu sedih memikirkan bagaimana nasib lelaki itu jika ketiadaannya nanti.
                Walaupun hatinya menjerit-jerit untuk menangis di situ tetapi dia hanya menahannya kerana dia tidak mahu Aqeel akan berputus asa pabila ketiadaannya nanti. Dia ingin memberi semangat kepada lelaki itu supaya lelaki itu boleh berdiri sendiri pabila ketiadaannya.
                Aqeel mengucup perlahan bibir Nadhia. Nadhia hanya biarkan saja. Malam itu mereka tengelam dalam asmara yang sangat indah.
               
*******
SETAHUN KEMUDIAN
                Aqeel berlari dengan pantasnya menuju ke wad yang isterinya duduki sekarang ini. Hati lelaki itu sekarang kusut dengan pelbagai persoalan. Dia hampir putus nyawa apabila ibu mertuanya memberitahu bahawa Nadhia telah dimasukkan ke hospital. Kata ibunya semasa mereka sampai dirumah mereka, Nadhia, mukanya sangat pucat dan terus rebah di muka pintu sebaik dia membuka pintu kepada orang tuanya. Tambah mengejutkan dia, isterinya mempunyai penyakit yang belum dia ketahui sebelum ini.
                 Semasa dia sampai di bilik yang menempatkan isterinya dia telah disapa oleh seorang wanita. Wanita itu menanyakan adakah Aqeel suami kepada Nadhia dan pantas Aqeel menganggukkan kepalanya. Doktor itu menyuruh mengikutinya untuk bincangkan tentang Nadhia.

*******
                Air matanya Aqeel laju menitis tatkala mendengarkan berita yang disampaikan oleh Doktor Anita mengenai isterinya. Terkejut bukan kepalang apabila diberitahu mengenai penyakit yang dihadapi oleh isterinya Nadhia. Hatinya seperti dicarik-carik apabila isterinya sanggup bekorban untuk melahirkan zuriat mereka walaupun riskonya tinggi.
                Perlahan-lahan Aqeel mendekati katil yang terbaring sekujur tubuh yang sangat lemah. Air matanya menitis lagi apabila melihat wajah isterinya yang sangat pucat dan lagi dia tidak sanggup apabila melihat isterinya yang sedang menahan kesakitan pada  waktu itu. Dia menatap wajah  Nadhia yang sudah menjadi miliknya setahun lebih. Banyak kenangan yang dia ciptakan bersama Nadhia sehinggalah mereka bakal mendapat zuriat kini. Tapi…  itu semua mustahil.
                Aqeel mengelus lembut tangan milik Nadhia. “Kenapa, sayang rahsiakan semua nie dari abang. Kenapa biar abang tahu dari mulut orang lain. Kenapa?” Soal Aqeel kepada Nadhia yang masih kaku terbaring di katil itu.
                “Abang tak nak sayang tinggal abang sorang-sorang. Abang tak nak. Nadhia kan pernah janji dengan abang yang sayang nak jaga abang sampai abang mati tapi kenapa Nadhia ambil keputusan nie…” Aqeel terus merintih. Ibu mertuanya mengusap lembut belakangnya. Aqeel hanya melepaskan keluhan.
                “Aqeel… tak baik macam nie. Kesian Nadhia kalau dia dengar kamu cakap macam nie. Umi tahu Nadhia bukan mudah nak buat keputusan ini, Nadhia mungkin tertekan sebelum membuat keputusan ini. Lebih baik Aqeel pergi sembahyang asar dulu. Berdoa banyak-banyak kepada Allah Yang Maha Esa. Sesungguhnya kuasa ditangan Nya. Biar Umi yang jaga Nadhia. Abah pun nak pergi sembahyang tu. Pergilah dengan dia.” Lembut suara Puan Salmiah memujuk menantunya. Dia tahu, jiwa Aqeel sedang membentak hebat.
                “Terima kasih Umi. Aqeel pergi dulu. Kalau ada apa-apa telefon Aqeel. Assalamualaikum.” Aqeel berjalan keluar dari bilik itu dengan lemah sekali. Puan Salmiah sangat kesian melihat diri Aqeel sekarang ini.
                “Waalaikummussalam.” Puan Salmiah terus mengambil tempat di sebelah anaknya. Lama dia menatap muka anaknya yang terbaring lemah itu. Dia mengelus lembut pipi anaknya. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak dan sanggup mengorbankan nyawa diri sendiri supaya dapat melahirkan anak di dalam kandungan itu. Setitik demi setitik air mata gugur membasahi pipinya. Tak sangka selama ini anaknya mempunyai ketumbuhan di dalam perut. Adakah selama ini anaknya itu kuat menanggung semua kesakitan ini?
                “Nadhia… anak Umi.” Rintih Puan Salmiah sambil mendakap anaknya.
                “Um… Umi. Nad… Nadhia ada kat ma..na?” Soal Nadhia terketar-ketar.
                Puan Salmiah yang mendengarkan suara anaknya terus melepaskan pelukan itu. Puan Salmiah mengusap sisa air matanya supaya Nadhia tidak dak mengesan yang dia menangis. “Sayanng Umi dah bangun? Sekarang Nadhia ada kat hospital nak. Umi datang jer terus Nadhia pensan. Risau Umi tau.”
                “Umi… Aqeel mana Umi? Nadhia nak jumpa dia. Nadhia nak terangkan semua kepada Aqeel kenapa Nadhia buat macam nie. Nadhia juga nak minta maaf dengan dia Umi.” Nadhia merayu kepada Puan Salmiah.
                “Sabar nak. Aqeel ada kat surau. Dia tengah solat tu. Nanti dia datang sini balik. Nadhia bincanglah elok-elok dengan Aqeel. Dia sayang sangat dengan Nadhia. Ingat tu.” Pesan Puan Salmiah. “Sekarang Nadhia rehat okey? Badan Nadhia tu masih lemah.” Sambung Puan Salmiah lagi.
                “Hemmmm. Umi, boleh Umi peluk Nadhia? Nadhia teringin sangat nak rasa Umi peluk Nadhia. Sekarang ni Nadhia kan tinggal dengan Aqeel, tak boleh lah nak peluk Umi.” Pinta Nadhia kepada Puan Salmiah.
                Terus Puan Salmiah memeluk anaknya sambil menangis teresak-esak. Begitu payah hatinya untuk menipu kenyataan. Kenyataan anaknya sedang menderita menahan kesakitan. Semasa dalam pelukan itu Puan Salmiah sempat menyatakan sesuatu kepada anaknya. “Walau macam mana pun, Umi ada untuk memeluk anak Umi. Tiada siapa yang dapat halang Umi daripada memeluk Nadhia. Umi sayang Nadhia. Ingat tu. Umi tak kisah keputusan Nadhia macam mana sekali pun Umi akan sokong Nadhia.”
                Nadhia terus tersenyum kepada ibunya. Hatinya sedikit sebak mengenangkan hidupnya yang tidak lama. Nadhia terus memejamkan matanya dalam keadaan tersenyum. Walaupun senyumannya tampak manis tetapi tetap tidak semanis ketika dulu.

*****
                Sudah hampir 4 jam berlalu. Kedua ibu bapa Nadhia  baru saja berlalu ke surau untuk menunaikan fardhu Isyak. Aqeel masih duduk menekur pandangan ke lantai. , Hati lelakinya membentak hebat dengan sikap Nadhia kali ini. Bila keputusan itu adalah antara hidup dan mati. Aqeel memejam matanya erat. Wajah Nadhia yang berada di dalam fikirannya. Senyumannya, sikapnya yang nakal, penyayang dan juga sikapnya yang romantik. Aqeel menggenggam kuat tangannya supaya dia memperoleh kekuatan agar dia kuat untuk menghadapi jika ditakdirkan ketiadaan Nadhia nanti.
“Aqeel,” seru satu suara. Aqeel menangkat wajahnya.  Ibu bapanya jelas di depan mata. Aqeel menghulur tangannya untuk menyalami kedua orang tuanya. Walaupun dia tidak ada tenaga tetapi dia masih ada adap menghormati ibu bapanya.
“Macam mana?” tanya Encik Farid. Aqeel hanya menggeleng kepalanya.
“Sabarlah, Aqeel,” pujuk Encik Farid. Setelah itu, Aqeel dan keluarganya sama-sama terdiam. Tiada kata mampu menghiasi bahasa lagi. Aqeel memandang pintu bilik itu. Adakah Nadhia selamat di dalam sana? Pelbagai soalan muncul di fikiran Aqeel. Dia memicit kepalanya yang agak pusing kerana semalaman dia tidak tidur memikirkan perbualannya dengan Nadhia.
“Sayang, abang datang nie.” Aqeel mengusap lembut pipi mulus isterinya yang sedang nyenyak tidur itu.
Nadhia mencelikkan matanya apabila terdengarkan orang memanggil namanya. Bila matanya terbuka sahaja, Aqeel sudah berada di sebelahnya sambil mengusap pipinya. Nadhia hanya mampu memberikan senyuman kepada Aqeel.
“Abang… Nadhia minta maaf kalau keputusan Nadhia ini buat abang marah.  Tapi satu jer yang Nadhia nak abang tahu. Nadhia bukan ambil masa sehari untuk buat keputusan nie tapi berhari- hari bang. Nadhia tak sanggup nak buang bayi nie bang. Nadhia tak nak disebabkan perasaan kita bayi nie terkorban. Biarlah nanti jika Nadhia tiada di sisi abang, ada bayi ini yang menghiasi kehidupan abang. Nadhia mohon sangat… tolong setuju dengan keputusan yang Nadhia buat.” Nadhia mengambil tangan suaminya lalu dikucupnya dengan lembut. Bercucuran air matanya keluar dari tubir matanya.
Aqeel mengetap bibirnya. Dia tidak kuat untuk menahan air mata ini dari terus keluar. Aqeel menatap tubuh isterinya yang teresak-esak menangis meminta kebenarannya. Mengapa dia harus jalani semua ini?
“Nadhia… kenapa buat abang macam nie? Nadhia tak fikir perasaan abang ke? Abang sayang sangat dengan Nahia. Tapi, kenapa Nadhia sanggup buat semua nie tanpa bincang dulu dengan abang?”
“Abang… tolong jangan macam nie. Nadhia sayang sangat dekat abang. Nadhia tak pernah pun terfikirkan untuk lukakan hati abang. Tapi Nadhia tak sanggup nak biarkan bayi yang ada dalam perut Nadhia mati. Dhia tak nak jadi kejam demi perasaan kita bang. Tolong bang… Dhia tertakan sangat bang. Dhia tak larat nak pendam rasa bersalah nie. Tolong bang, biarkan anak kita hidup.” Pohon Nadhia kepada Aqeel. Biarlah keluar darah dari mulutnya dia tidak kisah asalkan Aqeel bersetuju dengan keputusan ini.
“Abang.. Abang… tak tahu.” Aqeel menundukkan wajahnya. Setitik air matanya gugur jatuh ke lantai.
“Abang janji dengan Nahia ye?” Nadhia memandang wajah suaminya dengan penuh pengharapan.
“Abang jan… ji.” Aqeel terus memeluk Nadhia seerat-eratnya seperti dia tidak rela melepaskan Nadhia. Nadhia hanya merelakan semua itu kerana dia tahu mungkin ini terakhir kalinya dia dapat merasa kehangatan tubuh suaminya.
‘Ya Allah, Kau tolonglah pelihara suamiku dan anakku jika ketiadaanku nanti. Kau tolonglah memberikan semangat kepada suamiku untuk terus hidup Ya Allah. Bahagiakan mereka daripada terus bersedih meratapi kepergianku nanti. Sekiranya mereka bersedih, gembirakanlah mereka. Hanya itu yang mampu menggembirakan aku.’ Nahia terus membalas pelukan suaminya walaupun air mata membasahi seluruh wajahnya dia tidak kisah asalkan dia dapat merasai memorinya ketika dahulu bersama Aqeel.
Lamunan Aqeel terhenti apabila  pintu bilik pembedahan terbuka luas. Kelihatan Doktor Anita sedang berbual dengan seorang dengan muka yang sangat serius. Aqeel dan keluarganya merapati Doktor Anita untuk menanyakan tentang Nadhia dan anaknya. Aqeel berdebar-debar pabila mendekati Doktor Anita.
“Ma.. macam mana dengan isteri dan anak saya?” suara Aqeel kedengaran sedikit gementar. Gementar untuk mendengarkan apa yang bakal disebut oleh Doktor Anita barangkali.
“Tahniah Encik Aqeel, You dapat baby girl. Her face very same with your wife but…I’m sorry I can’t save her.”
Zappp! Hanya satu ayat sahaja mampu membuatkan dia merasakan jantungnya berhenti berdenyut. Aqeel rebah disitu bersama seribu kesedihan. Nadhia telah pergi meninggalkannya sesingkat ini. Puan Salmiah yang mendengarkan perkhabaran itu turut terkejut.  Encik Salleh mengurut perlahan belakang isterinya supaya tabah menerima ketentuan yang ditetapkan oleh Nya. Puan Hasnah juga seperti itu. Menantunya telah pergi tinggalkannya sekeluarga.
Setitis demi setitis air mata keluar dari tubir mata Aqeel. Fikirannya sekarang ini kosong hanya senyuman dan wajah Nadhia yang sedang menari-nari di fikirannya. Memorinya bersama-sama Nadhia perlahan-lahan terlintas di fikirannya. Sekarang dia tidak akan lagi dapat melihat senyuman kepunyaan isterinya. Sunggu menyesakkan jiwanya di kala itu. Mengapa Nadhia tinggalkannya sesingkat ini? Mengapa dia harus jalani semua ini? Banyak persoalan yang Aqeel berikan kepada dirinya.
Doktor Anita yang meilhat keadaan Aqeel sangat tersentuh kerana Aqeel begitu mengasihi isterinya. Pantas dia menyeluk poketnya untuk mengambil sepucuk surat.
“Encik Aqeel, sebelum Puan Nadhia buat pembedahan dia ada bagi surat kat saya. Dia kata, kalau lah ditakdirkan dia pergi dulu dia minta saya kirimkan surat ini kepada Encik Aqeel. Puan Nadhia pesan supaya baca surat nie bila dia sudah dikebumikan. Sebelum dia cakap, dia minta maaf sangat. Tapi dia tetap cintakan Encik Aqeel macam mana pun. Kasihnya tidak akan padam sehingga dia mati.” Doktor Anita menyerahkan surat itu kepada Aqeel. Aqeel mendongokkan kepalanya. Lama dia menatap surat itu sebelum dia mengambilnya.
Melihat tulisan di sampul surat itu saja membuatkan dia sebak. Aqeel memandang doktor yang berada di hadapannya. Dia bangun dari duduknya. “Doktor, boleh saya jumpa isteri saya?” tanya Aqeel.
Doktor Anita hanya mengangguk. Setelah itu, dia meminta diri untuk menyambungkan tugasnya.
*******
                Aqeel merapati Nadhia bersama bayi mereka. Wajah bayi itu persis dengan ibunya, Nadhia. Sungguh, dia bersyukur wajah bayi ini persis dengan Nadhia kerana boleh dia melepaskan rindunya kepada Nadhia.
                Aqeel sebak tiba-tiba apabila melihat wajah Nadhia yang pucat. Tiada lagi darah yang mengalir di tubuh kecil itu. Si kecil yang berada di dukungannya hanya nyenyak tidur. Perlahan-lahan Aqeel mengusap perlahan tangan kanan isterinya. “Sayang… abang da.. datang nie. Ab… abang datang dengan anak kita. Comel tau dia. Muka dia…” Aqeel mengetap perlahan bibirnya. Dia tidak tahan menahan sebak ini. Aqeel mengusap air mata yang mengalir di pipinya sebelum meneruskan cakapnya, “persis sangat dengan Nadhia. Kita dapat baby girl.”
                Aqeel memandang wajah anaknya lalu dia berkata kepada si kecil, “baby, mama nie sayang.”
                Orang tua Aqeel dan Nadhia hanya menggeleng kepala mereka melihat reaksi Aqeel. Perlahan Puan Salmiah mendekati Aqeel. Dia mengusap perlahan-lahan belakang menantunya. Setitis air mata gugur. “Aqeel… cukup-cukuplah tu. Tak baik lambatkan uruska jenazah. Nanti Nadhia terseksa kata lam sana.”
                Aqeel hanya mengangguk kepalanya. Dia tidak mahu Nadhia bertambah terseksa kerananya. Perlahan-lahan dia mengucup dahi isterinya. Dingin bagai salju.
********
                Aqeel memandang anaknya yang sedang nyenyak tidur di sisinya. Nadhia Khaliesah itulah nama yang diberikan oleh nya. Walaupun ditegah oleh mamanya tapi dia hendak juga menamakan anaknya dengan nama Nadhia isterinya. hanya itu yang mampu dia berikan supaya si kecil itu ingat  bahawa dia mempunyai seorang ibu bernama Nadhia Khaliesah.
                Aqeel mengambil surat yang diberikan oleh Nadhia. Dia belum sempat membacanya selepas kebumikan jenazah isterinya. pelahan-lahan dia membuka sampul surat itu. Tiba-tiba hatinya jadi sebak. Dia membaca surat itu dengan perasaan seribu satu rasa.
                Assalamualaikum abang…
          Terlebih dahulu berjuta kemaafan Nadhia pinta kepada Abang. Nadhia bersalah sangat mengambil keputusan ini. Bukan sehari Nadhia buat keputusan ini bang, tapi Nadhia ambil masa panjang untuk membuat keputusan yang baik. Walaupun Nadhia terpaksa meninggalkan abang dalam waktu sesingkat ini, tapi Nadhia tak pernah bersedih. Sekurang-kurangnya Nadhia dapat merasai kasih sayang abang setelah setahun lebih kita bersama.
          Abang, sekiranya anak kita lahir. Beritahulah dia bahawa Nadhia sangat menyayangi dia. Beritahu dia, maafkan Nadhia kerana meninggalkannya ketika dia masih bayi. Nadhia tak pernah fikirkan untuk tinggalkannya tetapi sudah ketentuan Ilahi Nadhia pergi dari sisi abang dan si kecil.
          Walaupun, Nadhia terpaksa berkorban tetapi Nadhia bangga dan bersyukur sangat kerana Nadhia bangga dan bersyukur sangat Nadhia dapat menjadi isteri kepada lelaki yang dulunya tidak diendahkan. :D
          Sekiranya, kematian memisahkan kita Nadhia reda dengan semua ini. Tetapi cinta Nadhia tidak pernah terkubur saat Nadhia menutup mata. Satu saja pinta Nadhia tolong ambil sebuah buku yang berada di laci solek. Semua tercactit di situ. Memori untuk anak kita dan abang yang Nadhia dapat berikan.Sudilah sekiranya abang mendoakan kesejahteraan Nadia dengan Al-Fatihah.
          Akhir kata, semoga abang dan anak kita bahagia akan kehidupan baru nanti. Itulah yang mampu Nadhia katakan. Nadhia sayang abang dan anak kita sampai bila-bila. Tiada tarikh luput untuk kasih sayang Nadhia. Akhir kata, Assalamualaikum.
          Ikhlas dari isterimu yang menyayangimu sepenuh hati.
Teresak-esak Aqeel menangisi apa yang dikatakan isterinya. Dia melihat Khaliesah di sebelahnya.
‘Nadhia, abang bahagia dapat bersama dan menyayangi Nadhia. Kasih sayang abang juga tiada tarikh luput untuk Nadhia dan anak kita. Abang akan jaga anak kita dengan sebaik mungkin. Setiap doa abang, nama Nadhia selalu abang doakan. Semoga bahagia sayang di alam sana.’ Ucap Aqeel di hatinya.
Aqeel bangun menuju kearah meja solek yang terletak buku kepunyaan Nadhia. Sebuah diari berwarna merah hitam berada di laci itu. Aqeel menyelak halaman di dalamnya. Tiba-tiba dia berhenti menyelak. Dia membaca isi yang berada di muka surat itu.
Aku ingat lagi pertama kali aku bertemu dengan dia. hati aku berdegup kencang ketika itu. Aku tahu itu hanyalah mainan syaitan yang hanya menyesatkan anak cucu Adam. Aku hanya biarkan perasaan itu tanpa sedikit pun aku hiraukan. Tetapi… semakin hari semakin hatiku terpaut kepadanya. Sifat nya yang ‘gentleman’, penyanyang dan romantik. Lebih-lebih lagi aku mendengar suaranya ketika azan. Suaranya sungguh merdu.
Kerana itu aku tertarik kepadanya secara diam-diam. Pabila kawanku menanyakan adakah aku menyukai si dia, aku hanya menidakkannya. Kalau ibuku tahu tentu aku akan dibebelnya. Hanya seorang nama sahaja yang bertakhta di hati ku ini iaitu…

AQEEL.
Setiap hari aku selalu terbayangkan wajahnya yang tersenyumm manis kepadaku. Tetapi adakah Aqeel mempunyai perasaan yang sama terhadapku? Atau dia hanya mengusikku saja.
Ya Allah, mengapa sungguh menyakitkan hati pabila menyukai orang secara diam?
Aqeel hanya tersenyum. Tidak sangka semasa di sekolah menengah dulu Nadhia juga mencintainya. ‘Sungguh bernilai cintamu padaku Nadhia…’ Aqeel terus menyelak hingga akhir halaman yang dicatatkan oleh Nadhia. Tarikh sebelum dia dimasukkan ke hospital.
Abang… maafkan Nadhia sebab buat abang macam ini. Tiada langsung maksud untuk melukakan hati abang. Perkhabaran yang Nadhia sangat takut ialah ketumbuhan di dalam perut Nadhia pada ketika itu Nadhia mengandungkan anak kita.
Nadhia tak tahu handak lakukan apa sekarang ini. Pada waktu itu dalam fikiran Nadhia hanya terlintas nyawa Nadhia yang begitu singkat untuk hidup bersama abang dan anak yang bakal lahir nanti. Sesungguhnya pada waktu itu Nadhia begitu takut sangat. Nadhia  terpaksa berlakon di depan abang. Nadhia pura-pura bahagia sementara di hati Nadhia begitu merana. Setiap hari Nadhia merasakan kesakitan.
Maafka Nadhia abang. Sekiranya ajal menjemputku tolonglah kau menerima kepergianku dengan hati terbuka. Jangnlah kau menangisi kepergianku kerana dengan melihat kau bahagia sahaja mampu membuatku tersenyum di sana.
Salam sayang Nadhia kepada abang. Ucapkanlah I Love You untuk Nadhia kepada anak kita nanti kerana Nadhia tahu Nadhia tidak sempat untuk mengukapnya. I Love You abang. Abang tak bersalah dengan Nadhia jika Nadhia pergi. Ini ketentuan takdir.
Aqeel rebah di situ juga. Dia tidak tahu Nadhia terseksa sepanjang dia mengetahui penyakitnya. Mengapa dia sanggup menyakiti hati Nadhia sebelum isterinya pergi. Aku bersalah kepadanya Ya Allah.  
Aqeel mengusap air matanya apabila si kecil merengek. Dia mendekati perlahan si kecil. Perlahan-lahan dia menepuk Khaliesah supaya berhenti dari menangis. Setelah reda tagisan itu Aqeel membuat susu kepada si kecil kerana dari tadi tidak minum lagi susu.
Aqeel mengangkat si kecil ke pangkuannya supaya dapat minum susu dengan selesa. Semasa dia hendak menyuakan botol susu itu, Aqeel tekejut dengan senyuman Khaliesah. ‘Persis sepertimu Nadhia.’ Aqeel mengucup ubun-ubun Khaliesah.
‘Terima kasih sayang kerana kau telah tinggalkan kepadaku si kecil ini.’
                                                                                TAMAT…



tinggalkan komen anda selepas baca entry ni ^^

2 comments:

  1. hi jesica.hehe..Sjenguk juga blog saya kat http://ceritaberemosi.blogspot.com/

    ReplyDelete